Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Sunday, July 19, 2009

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - (dari kacamata Sahibah)

Satu lagi kes, semasa di Mekah dan Madinah, hati Mak Cik sentiasa teringatkan Ukhti Faridah,
sahibah di Johor yang diserang kanser rahim hingga ke tahap kritikal. Dalam doa Mak Cik tak boleh lupakannya. Masa di aipr port Madinah, dapat berita beliau akan menjalankan pembedahan buang rahim yang telah sekian lama tertangguh. Awal pagi sabtu, 1 Januari mak Cik sampai di KLIA, dapat berita pembedahan dihentikan separuh jalan kerana darah keluar tak berhenti. Beliau perlukan bekalan darah. Ramai keluarga dan sahabat yang menderma darah untuknya.

Hari Ahad, 2 Januari kami berkejar untuk menziarahinya di Hospital pakar JB. Sampai di Macap, dapat SMS Ukhti Faridah telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.15 pagi. Sepanjang perjalanan ke JB airmata tidak berhenti mengalir sampailah mengiringi ibunya mengkafankan jenazah beliau. Sebelum itu ibunya menangis "7 orang anak dia.... patutnya biarlah saya pergi dulu, anaknya kecik-kecik lagi. Tak ada Idah macam manalah kami... dia sangat penting daam keluarga Mak Cik. Arwah Pak Cik meninggal, dialah bapak, menanggung segala keperluan adik-adiknya sekolah. Kalau ada masalah adik beradik, dia panggil bermesyuarat. Selalu dia buat mesyuarat dengan adik-adiknya, dengan anak-anak...." Mak Cik peluk bahu ibunya untuk meredakan tangisan itu " Insyaallah, Mak Cik, Allah akan gantikan Idah dengan orang yang lebih baik".

Masa di hospital beberapa kali masuk bilik air basuh muka kerana air mata tak mahu berhenti keluar. Menangis juga memikirkan bila sampai giliran kita akan kembali ke hadrat Allah? Semasa menatapnya buat kali terakhir sempat Mak Cik cium dahi dan membisikkan "Idah, semoga syurga menantimu". Lepas itu air mata keluar lagi. "Bagaimana kelak rohku nanti..."

Dalam perjalanan mengiringi jenazah pulang ke Simpang Renggam, Pak Cik sampaikan makluman daripada Akhi Ashari Kinon, suami Allahyarhamah "Allah izin dia meninggal dalam keadaan very well prepared (persiapan yang rapi), dua tiga hari sebelum operate, nampak dia gembira dan ceria sangat. Beli LCD, siapakan power point bahan tarbiyah dan pesan supaya saya sampaikan kepada familynya tiap-tipa bulan. Ada wasiat untuk setiap anak-anak dalam lap top.." Masya allah, tersentuh hati Mak Cik, sampai begitu sekali persiapannya, memang beliau dah bersedia dan menjangka akan menghadap Allah Rabbul Jalil. Jasa beliau menjadi bendahari Akhowat Johor amat dihargai. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan menghimpunakan rohnya bersama para solehin dan syuhada'. Amin.

Hingga kini masih terbayang-bayang wajah lembut, pelukan intim dan senyuman manisnya ketika kami ikuti program yang sama di Simpang Renggam. Setiap kali teringatkannya pasti mengalir air mata kerana merinduinya. Sahibah Simpang Renggam maklumkan "Dia sakit, tapi dalam bab dakwah macam orang sihat (tak sakit)..". Semasa halaqah terakhir, beliaulah yang ambil kunci dan siapkan tempat halaqah. Tajuk terakhir yang dibentangkan adalah Usul Isyrin yang ke-20.

Inilah hakikat cinta sejati, hasil dawah dan tarbiyah yang dilalui.

Bila, di mana dan dalam keadaan apapun kita semua akan ke alam barzakh, kita ingin menjadi hamba Allah, Khalifah Allah dan Dai'e iLlallah yang sudah mempersembahkan yang terbaik dalam hidup kita seperti Almarhumah di atas. Al Fatehah, semoga Allah himunkan roh mereka bersama para anbia, para solehin dan para syuhada, Amin. Seperti semua almarhumah, kita harus buat ibu bapa kita puas melahirkan kita. Kita ingin anak-anak kita sentiasa merindui dakwah dan tarbiyah kita apabila kita mash hidup atau telah tiada di dunia ini. Semuanya hanya akan terhasil dari proses Tarbiyah Islamiyah yang telah ditunjuki oleh Rasulullah saw mendidk keluarga da para sahabatnya. Tarbiyah ini yang seharusnya kita warisi dari generasi ke generasi dan dari zaman ke zaman.

Harapan mak Cik, kepada semua sahabat dan sahibah, keluarlah dari cengkaman stress memikirkan dunia dan bebaskan diri agar kita semua menjadi Putera/Puteri Akhirat. Memanglah sedih terdengar ada sahabat dan sahibah futur, tercicir kerana tidak tahan dengan ujian..., tertekan, banyak masalah keluarga, busy, kesempitan duit dsb. Doa memanglah kita tolong doakan, tapi tuan punya diri bagaimana? alangkah manis dan bahagianya kehidupan kita semua di dunia ini jika semua sahabat dan sahibah berminat kepada Visi dan Misi, satu arah tujuan iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti demi mendapatkan keredhaan allah. niat yang suci murni, banyak mempermudahkan jalan-jalan kita mengurus dunia dan segala urusan menjadi ibadah di sisi-Nya. Tiada daya & kekuatanku melainkan dengan izin Allah SWT.

dipetik dari Buletin HALUAN Johor Jun 2009

sambungan dari kisah:

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - Usah Bertangguh Jika Terdetik Hati Nak Ziarah

1 comment:

mu'minah said...

Pakcik, jazakallah khayran sebab sharekan link ni. saya sangat suka semua perkongsian dalam blog pakcik. banyak yg dapat saya ambil ibrah dan pelajari. teruskan menulis ye pakcik, sebagai panduan memandu generasi kami. bagi saya yang tak mempunyai kesempatan lama bersama abah, setiap perkongsian amat saya hargai. rasa macam susuk seorang ayah itu dekat dari sahabat2 abah