Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Tuesday, June 26, 2012

Syarah Ushul Isyrin Imam Syahid Hasan Al-Banna; Islam Adalah Agama Universal (2)



6. Islam adalah rahmat.

Rahmat yang dimaksudkan oleh imam Syahid Hasan Al-Banna disini adalah perasaan lemah lembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang lemah dan memerlukan, memaafkan orang yang salah, tidak melakukan balas dendam terhadap perbuatan jahat orang lain dan selalu bersimpati atas bencana yang menimpa orang lain.Sifat-sifat ini merupakan akhlak yang tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya.

Sifat rahmat dan belas kasih hanyalah wujud dan berfungsi pada saat dapat menolong pelaksanaan hukum-hukum Allah.Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita selalu diusahakan untuk dimaafkan. Pemberian maaf yang diberikan oleh setiap orang dan berusaha menahan diri dari melakukan balas dendam dianggap sebahagian daripada rahmat. Rahmat dan belas kasihan diberikan kepada mereka yang lemah, miskin, mereka yang terpisah dari keluarga, orang-orang sakit, orang tua dan orang-orang yang memerlukan kepada bantuan dan pertolongan. Perasaan rahmat dan belas kasihan juga diwujudkan di kalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka membentuk masyarakat Islam dan berusaha menyebarkannya dengan corak Islam. Dan perasaan ini sentiasa ada di kalangan mereka, baik secara diam-diam atau terang-terangan, walaupun kita lebih mengutamakan secara diam diam.

7. Islam adalah keadilan

Keadilan yang dimaksudkan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna di sini adalah dengan memberikan hak kepada mereka yang berhak dan tidak berlaku pada mana-mana orang, kerana keadilan wajib diberikan kepada semua insan, baik Muslim atau kafir, kawan atau lawan, keluarga atau bukan keluarga . Allah berfirman:

ولا يجرمنكم شنآن قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى "

Dan jangan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. "(Al-Maidah: 8)

Keadilan akan berlaku melalui hukuman dan kehakiman, juga berlaku walaupun ada pujian, sanjungan, celaan, kritikan dan kecaman. Keadilan juga berlaku dalam keadaan redha atau marah.

Bukanlah adil jika seseorang berlaku kejam sewaktu seseorang menetapkan antara dua orang, sebagaimana seseorang juga tidak berlaku adil sewaktu seseorang berlebihan memuji orang yang tidak berhak menerima pujian yang seseorang berikan.

Bukanlah adil jika seseorang berlebihan mengecam orang lain yang tidak berhak menerima satu persepuluh dari kecaman saudara.

Bukanlah adil jika saudara memuji semasa suka dan mengejek sewaktu benci.

Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam terhadap mereka yang bukan keluarga saudara atau musuh yang menyakiti dirinya, sedang orang tersebut menutup pandangan dari perbuatan keluarga, kawan dan orang yang berlaku baik kepada dirinya.

8.Islam adalah pengetahuan.

Islam adalah pengetahuan sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna, bahawa menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dengan kuantiti yang mencukupi adalah sebahagian dari ajaran Islam.Islam tidak melarang seseorang muslim meluaskan ilmu pengetahuannya tentang kejadian alam, perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan yang lain yang termasuk dalam pengertian pengetahuan; Pengetahuan yang dapat menjadi bekalan manusia dalam usaha memakmurkan bumi dan menggunakan kekayaannya dengan baik; pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam mencari rahsia alam yang tersembunyi.

Namun sewaktu manusia meluaskan ilmunya dalam perkara-perkara tadi maka harus menjadi serana untuk mengingati Allah yang memberikan kepadanya akal dan fikiran yang waras kepadanya, Allah yang menjadikan alam semesta ini dalam keadaan mudah digunakan manusia. Sebagaimana pengetahuan yang diperolehnya haruslah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah SWT.

9.Islam adalah undang-undang

Islam adalah undang-undang sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna, iaitu bahawa Islam telah membawa hukum-hukum (undang-undang) untuk mengatur hubungan individu antara sesama mereka.

Islam telah menjelaskan hukum-hukum dan balasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut, baik undang-undang dan balasan itu bersifat awam yang dilaksanakan atas harta atau tindak pelanggaran yang dilaksanakan atas anggota pelaku pelanggaran terhadap kebebasan atau hartanya.Undang-undang Islam telah pelbagai sudut pandang hubungan antara sesama manusia.

Oleh kerana itulah seorang muslim tidak boleh meninggalkan undang-undang Islam dan menggantikannya dengan undang-undang lain.

umat Islam saat ini banyak yang telah meninggalkan undang-undang Islam dan melaksanakan undang-undang asing.

Undang-undang hanya dilaksanakan dalam bidang yang sempit, hanya terbatas dalam undang-undang kekeluargaan, bahkan ada sebahagian lain yang melaksanakan undang-undang yang lebih sempit lagi, sehingga wajar kalau umat Islam saat mengalami kemunduran dan keterbelakangan.

10. Islam adalah ilmu

Ilmu yang dimaksudkan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna adalah makrifah (pengetahuan) dan pemahaman tentang hakikat sesuatu dengan tepat sesuai dengan realiti dan kenyataan yang ada, mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan diciptakannya manusia dan kehidupan akhirat yang mengakhiri kehidupan manusia.

Ilmu yang paling tinggi dan mulia kedudukannya ialah ilmu tentang mengenal Allah dan mengenal Islam yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw. Dengan mengenal Allah dan Islam, seorang muslim akan mengenal Tuhannya, rasulnya, agamanya dan ajaran yang terkandung dalam agama tersebut.

Setelah mengenal ilmu tentang ma'rifatullah, ma'rifaturrasul serta ma'rifatul Islam, seorang muslim juga disyorkan memiliki dan menggelitu ilmu yang berkaitan dengan urusan hidup dalam berbagai bentuk.

Islam memandang tinggi kedudukan ilmu dan ulama, memberikan kedudukan yang tinggi kepada ulama, dan tidak menyamakan kedudukan mereka dengan orang lain.

dalam Al-Quran disebutkan:

شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة وأولوا العلم "

Allah mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu ". (Ali Imran: 18)

Allah juga berfirman Allah lagi:

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون

"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu ". (Az-Zumar: 9)

Sementara itu, orang yang berilmu harus sentiasa menggunakan ilmunya hanya semata-mata
mencari keredhaan Allah. Berusaha membersihkan diri dan yakin bahawa apa yang diketahuinya amatlah sedikit berbanding dengan apa yang tidak diketahuinya.

Allah berfirman:

وما أوتيتم من العلم إلا قليلا

"Dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sedikit ". (Al-Isra: 85)

Sehingga dengan demikian dirinya termotivasi untuk menambah ilmu pengetahuannya secara menerus.

Allah berfirman:

وقل رب زدني علما

"Katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. "(Toha: 114)

11.Islam adalah kehakiman

Islam adalah kehakiman, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-Imam Syahid Hasan Al-Banna, maksudnya adalah bahawa salah satu dari manhaj Islam ialah menetapkan antara sesama manusia, kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat mengatur dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada pemiliknya.

Kesimpulan dalam masalah kehakiman ini dapatlah kita katakan bahawa Islam telah menganggap masalah kehakiman sebagai fardhu, kerana itulah kita lihat bahawa Rasulullah saw mengangkat para hakim untuk bertugas di tempat-tempat yang jauh dari Madinah.
Dan hakim muslim ini disyaratkan mempunyai pengetahuan yang luas terutama tentang hukum-hukum Islam.

Atas dasar ini pula kita lihat bahawa salah satu dari syarat kelayakan seseorang hakim ialah kemampuannya untuk melakukan ijtihad, kerana tugas mengatur adalah termasuk dalam pengertian wilayah dan sultan.

Orang kafir tidak layak dan tidak berhak menjadi wali atau hakim atas orang Islam.

Kerana Allah SWT berfirman:

ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا

" Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memerintah orang-orang yang beriman ". (An-Nisa: 141)

Seorang hakim yang Muslim mestilah menetapkan menurut hukum-hukum Islam dan haram hukumnya menggunakan hukum-hukum yang lain. Terutama pada saat menetapkan undang-undang Islam, sebagaimana juga harus mempunyai kehati-hatian dan teliti, dan berusaha semampunya untuk melaksanakan dan melaksanakan keadilan. Kerana seandainya yang dilakukan adalah betul dan tepat maka baginya dua ganjaran, namun jika seandainya beliau keliru atau tersalah maka tetap akan balasan diberikan satu ganjaran.

12.Islam adalah kebendaan atau usaha dan kekayaan

Dengan ini Al-Mursryid ingin mengatakan bahawa Islam tidak mengabaikan permasalahan kebendaan. Islam mengatur masalah kerohanian dan juga kebendaan, tetapi seorang Muslim haruslah mengawasi hatinya agar ikhlas kepada Allah, tidak diperhambakan oleh kebendaan sekalipun kebendaan itu merupakan kekayaan yang tinggi dan berlimpah.
Muslim berhak melakukan kerja yang mendatangkan pendapatan dengan syarat dilakukan dengan cara yang halal dan tidak diharamkan syariat.

Di samping itu seorang muslim haruslah mengeluarkan apa yang telah Allah wajibkan atas pemiliknya seperti zakat, dan nafkah yang telah disyariatkan. Atas dasar ini seorang muslim tidaklah ditegah mencari kekayaan semata-mata, namun menyedari bahawa pada dasarnya kekayaan adalah menjadi sarana setiap usaha yang dilakukan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bila seorang Muslim yang mempunyai kekayaan sentiasa bertaqwa dan menunaikan kewajipan yang telah difardhukan Allah maka dirinya termasuk dalam golongan wali-wali Allah; yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

Manakah yang lebih baik antara si fakir yang sabar atau si kaya yang bersyukur? Sebahagian ulama ahli fiqih berpendapat, golongan pertamalah yang lebih baik. Segolongan yang lain berpendapat bahawa golongan kedualah yang lebih baik. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah yang terbaik dari kedua-duanya adalah mereka yang lebih bertaqwa kepada Allah.Seorang muslim tidak selayaknya bersikap zuhud dengan mengelak diri dari melakukan kerja yang mendatangkan pendapatan dengan alasan zuhud atau mengelakkan diri dari tipu daya dunia dan untuk mengisi seluruh waktunya dalam beribadah kepada Allah. Kerana hakikat zuhud yang sebenarnya adalah bertahta dalam hati, bukan pada anggota zahir.

Ibadah tidak bertentangan dengan bekerja dan berusaha, namun bekerja dan mencari nafkah dengan cara yang halal adalah sebahagian dari ibadah.

Dalam hadis disebutkan:

اليدالعليا خيرمن اليدالسفل

'Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima)'. Manusia tidak akan dapat memberikan sesuatu kecuali beliau mempunyai sesuatu, dan kekayaan hanyalah sarana untuk mencapai keredhaan Allah.

Selain dari itu adalah menjadi kewajipan kepada negara membantu seorang muslim dalam mendapatkan pekerjaan dengan menyediakan kemudahan dan memberikan bantuan berupa sarana dan prasarana untuk dapat bekerja dengan baik dan mendapatkan rezeki yang halal.

13.Islam bererti jihad.

Islam adalah jihad, seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam syahid Hasan Al-Banna, maksudnya adalah bahawa Islam telah mewajibkan jihad.Dan Hakikat jihad adalah mengorbankan seluruh tenaga, masa, fikiran dan harta pada jalan Allah, sekalipun sesuatu yang dikorbankan itu merupakan darah yang ditumpahkan dalam medan perang.

Jihad tidaklah terbatas pada pengorbanan jiwa saja, malah termasuk juga pengorbanan harta benda, jihad pena dan lidah.Seorang muslim dapat menunaikan jihad secara peribadi, sebagaimana dapat menunaikannya sebagai anggota dalam jamaah; seperti menjadi anggota dalam jamaah Ikhwan Muslimin.

Sewaktu menunaikan jihad sebagai anggota dalam jamaah maka haruslah menselaraskan jihadnya dengan langkah-langkah jamaah, sehingga dengan penyelarasan ini hakikat jihad secara jamaah yang dilakukan oleh lkhwan akan tercapai.

Umat Islam saat ini banyak yang menyampingkan dan menjauhkan diri dari jihad, padahal jihad adalah fardhu ' ain atas diri umat Islam, kerana sebahagian besar dari negara-negara Islam telah dirampas oleh orang-orang kafir. Umumnya Islam hari ini dalam keadaan kelemahan dan kehinaan yang menuntut supaya umat Islam berjihad pada jalan Allah demi membebaskan kaum Muslimin dari kelemahan dan kehinaan, dan juga menyelamatkan mereka dari kegelinciran ajaran Islam.

Tegaknya sebuah negara yang benar-benar Islami merupakan suatu keharusan dan sebagai wasilah utama dan sangat penting dalam rangka menerapkan ajaran Islam. Kerana itulah, menegakkan sebuah negara yang seperti ini adalah menjadi kewajipan Ikhwan. Oleh kerana kewajipan ini dan kewajipan Islamiah lain merupakan satu kesatuan, maka dari itulah Ikhwan Muslimin saat ini rela mengorbankan seluruh tenaga, fikiran dan harta mereka untuk berjihad dan menegakkan syariat Allah.

14.Islam adalah dakwah

Islam juga mewajibkan seorang Muslim untuk melakukan dakwah, menyeru manusia kepada Allah melalui wasilah yang disyariat seperti tulisan, ceramah, pidato, melakukan perjalanan secara individu atau rombongan dan lain-lain.

Wasilah yang paling penting dalam dakwah adalah dengan cara menerapkan diri seorang muslim dengan corak dan gaya hidup Islam (dakwah bil hal) sehingga dengan demikian ia akan mampu menyeru manusia lain kepada Islam, kerana mereka yang diseru dapat melihat pada dirinya suatu contoh yang hidup dengan nilai- nilai Islam.

Dunia Islam saat ini telah lama kehilangan uswah dan teladan yang patut dicontohi, kerana itulah maka salah satu sarana dari asas-asas dakwah Islamiah adalah menitikberatkan tentang tarbiyah dan membentuk individu Muslim. Semoga dengan ini Ikhwan dapat menjadi contoh dan teladan Islamiah yang hidup.

Kemudian menyebarkan contoh dan teladan tersebut ke dalam masyarakat dengan cara menarik pandangan masyarakat kepada contoh-contoh itu, sehingga mereka dapat melihat bagaimana Islam mencorakkan manusia dan menjadikannya sebagi cahaya yang bersinar di tengah-tengah masyarakat sekitar. Berdakwah menyeru kepada Islam adalah kewajipan setiap Muslim.

Allah SWT berfirman:

قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشرآين

"Katakanlah: 'Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutkan menyeru (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk ke dalam golongan orang musyrik '. "(Yusuf: 108)

Selain dari itu, sebahagian dari kewajipan dalam Islam ialah menegakkan jamaah yang berdakwah kepada jalan Allah, jamaah yang dapat menyatukan para du'at, agar dengan penyatuan ini dapat memberikan pengaruh mereka yang lebih besar dan berfungsi dalam kehidupan manusia.

Allah SWT berfirman:

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung". (Ali Imran: 104)

Atas dasar inilah jamaah Ikhwan Muslimin berdiri demi menyambut dan menunaikan perintah Allah dan menyeru kepada jalan-Nya.

15.Islam adalah ketentaraan

Islam adalah ketenteraan, sebagaimana yang telah dimaksudkan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna; bahawa ketenteraan adalah sebahagian dari tanda-tanda zahir persiapan diri menghadapi jihad.

Tentera adalah satu-satunya wasilah yang paling kuat untuk dapat menghadang musuh dan melakukan pertahanan.Adalah menjadi kenyataan bahawa menyediakan kekuatan tentera adalah memerlukan kepada tentera, bekalan dan senjata.

Oleh kerana itulah tiap-tiap individu dari umat Islam haruslah mendapatkan pendidikan ketenteraan baik dari sudut disiplin, ketaatan, pembiasaan diri menanggung beban kesulitan, hidup yang tidak mengenal rehat dan mempunyai peraturan-peraturan yang baik disamping menyediakan pelbagai bentuk persenjataan.

16.Islam adalah fikrah

Islam adalah fikrah, sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna; bahawa persediaan untuk kekuatan tentera haruslah tegak di atas fikrah yang tertentu, iaitu fikrah Islamiah. Dengan perkataan lain, kekuatan tentera Islam haruslah tegak di atas dasar untuk melaksanakan perintah Islam sesuai dengan manhajnya, juga untuk mempertahankan Islam dan menyeru manusia kepadanya.

Kebenaran juga memerlukan kekuatan yang dapat melindungi dan mempertahankannya dari penyelewengan dan pelemahan, kekuatan yang dapat menghilangkan ranjau-ranjau yang terdapat di pertengahan jalan.

Tentera Islam telah mampu melindungi dakwah Islamiah dan menghilangkan pelbagai rintangan dan ranjau yang ada di jalan.

Dengan perlindungan ini manusia dapat melihat Islam, mengenal keindahannya dan mengetahui hakikatnya. Lantaran itulah, mereka telah memeluk Islam secara beramai-ramai.Pedang tidak dapat memasukkan Islam ke dalam hati, tetapi pedang memainkan peranan dalam menghapuskan halangan yang merintangi Islam untuk masuk ke dalam hati manusia. Dengan terhapusnya rintangan itu maka hati manusia terus terbuka luas untuk menerima Islam, kerana cahaya Islam dapat menerangi hati-hati tersebut.Kalaulah Islam tersebar dengan pedang nescaya kita akan melihat kemajuan Islam di negara-negara Islam yang telah kehilangan kekuatan, tetapi hal ini tidak berlaku . Fikrah Islamiah diperlukan suatu bentuk pendekatan yang baru dan penerangan yang cukup, agar umat Islam dicorakkan dengan fikrah Islamiah.Inilah yang diusahakan oleh Ikhwan sesuai kemampuan dan kekuatan mereka.

Dunia hari ini telah menjadi medan pertarungan fikrah-fikrah yang beraneka ragam. Fikrah-fikrah ini dilatar belakangi oleh negara yang menganutinya. Negara-negara ini menggunakan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk menyebarkan dan mempertahankan fikrah tersebut, tetapi tidak ada sebuah Negara pun hari ini yang menganut fikrah Islamiah dan tegak di atas prinsip-prinsip Islam serta menyumbangkan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk mempertahankan dan menyebarkan Islam.Bertolak dari asas ini, maka tanggungjawab Ikhwan amatlah besar. Di atas bahu merekalah terletak tugas dan kewajipan mempertahan dan menyebarkan Islam sehingga khilafah Islam yang sebenarnya dapat tegak diberbagai Negara Islam; khilafah yang boleh memikul tugas mempertahan dan menyebarkan dakwah Islamiah; yang dapat mengarahkan umat Islam dan kekayaan negara untuk mengembalikan kehidupan Islamiah yang telah lenyap; yang menegakkan sebuah masyarakat Islam yang sebenarnya di permukaan bumi serta menghilangkan berbagai halangan yang merintangi dakwah Islamiah.

16.Islam adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah

Akidah yang dimaksudkan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna adalah suatu pegangan yang diterima dan merasuk dalam hati. Akidah seperti ini boleh jadi benar atau salah. Seandainya akidah itu benar, maka itulah akidah yang hakiki, tetapi sebaliknya akidah itu salah, maka itulah akidah yang batil, rosak dan dusta. Tidak ada dalam dunia ini akidah yang benar selain dari akidah Islam. Akidah-akidah lain yang bertentangan dengan akidah Islam adalah merupakan akidah-akidah yang batil dan sesat.Akidah Islam tegak di atas iman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, kepada nabi dan rasul yang diutus oleh Allah, hari akhirat dan mengimani bahawa Qadha dan Qadar adalah dari Allah.Iman kepada Allah tegak di atas dua asas;

1. Beriman akan rububiyyah Allah swt, maksudnya adalah dengan mengimani bahawa Allah swt yang telah menciptakan dan menjadikan sesuatu, yang menghidup dan mematikan; yang memiliki dan berkuasa, dan juga sifat-sifat Allah yang lain.

2. Mengimani akan uluhiah Allah swt, iaitu mengimani bahawa Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian. Dan inilah pengertian 'La Ilaha Illa Allah', pengabdian tidak seharusnya diberikan kepada selain dari Allah.Maksud beriman kepada malaikat percaya adanya makhluk yang bergelar malaikat. Jumlah malaikat hanya diketahui oleh Allah saja. Sementara Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail adalah sebahagian dari nama malaikat tersebut.Makna Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan dari langit adalah mengimani bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasul-Nya, mengimani bahawa kitab-kitab tersebut adalah kalam Allah , seperti kitab Taurat dan Injil, juga mengimani bahawa kitab dan kalam Allah yang terakhir diturunkan adalah Al-Quran. Rasulullah saw hanyalah bertugas untuk menyampaikan Al-Quran kepada manusia. Oleh itu lafaz dan makna Al-Quran adalah dari Allah.

Al-Quran adalah terpelihara dari pelbagai penyimpangan dan kekurangan.Mereka yang mengatakan bahawa Al-Qur'an telah terjadi penambahan atau kekurangan berlaku dalam Al-Quran adalah keluar dari landasan Islam.Adapun yang dimaksudkan dengan beriman kepada rasul-rasul ialah beriman kepada semua rasul- rasul yang diutuskan Allah, bilangan para rasul itu sangat banyak dan Al-Quran telah menyebutkan sebahagian dari mereka sementara sebahagian yang lain tidak disebutkan. Termasuk dalam pengertian beriman kepada rasul-rasul ialah mengimani bahawa Muhammad saw adalah rasul akhir zaman, tidak ada nabi sesudah Rasulullah saw. Mengimani dan mengikuti ajaran Muhammad saw adalah wajib. Manusia tidak bebas mengikuti ajaran lain atau beri'tikad bahawa Muhammad saw bukan rasul yang diutuskan Allah. Mereka yang beri'tikad demikian telah terkeluar dari Islam dan kufur.Adapun maksud beriman dengan hari akhirat adalah membenarkan bahawa setelah kehidupan dunia ini masih ada kehidupan lain iaitu akhirat, kerana Allah akan menghidupkan manusia sekali lagi dan melakukan hisab terhadap perbuatan dan amalan mereka di dunia . Hasil dari hisab ini menjadikan segolongan manusia dimasukkan ke dalam syurga dan sebahagian yang lain dimasukkan ke dalam neraka.Pengumpulan di padang mahsyar, hisab dan balasan ini dilakukan ke atas roh dan jasad manusia. Kita berkeyakinan bahawa syafaat Rasulullah saw di hari akhirat adalah benar dan hak-hak, dan syafaat ini berlaku dengan izin Allah terhadap mereka yang dikehendaki Allah. Kita juga berkeyakinan bahawa azab dan nikmat kubur adalah benar dan hak.Adapun beriman dengan qadha dan qadar (baik dan buruk) adalah bermaksud mengimani bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah dengan perbuatan, ilmu dan kehendak Allah. Dan manusia bertanggungjawab terhadap perbuatan dan amalannya. Manusia tidak berhak menjadikan qadha dan qadar sebagai alasan, kerana Allah memiliki hujah yang putus terhadap hambanya.

17.Islam adalah ibadat yang sah

Islam adalah ibadah yang sah; sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syahid Hasan Al-Banna; bahawa Islam mengandungi berbagai bentuk ibadah. Sebahagiannya ialah ibadat hati seperti kasih, takut, percaya dan tawakkal kepada Allah. Sebahagian yang lain adalah ibadat anggota zahir seperti zikrullah, menunaikan kewajipan yang telah difardhukan Allah seperti solat, puasa dan haji.Semua ibadat-ibadat ini tegak di atas dua asas:

1. Ibadah-ibadah yang sesuai dengan apa yang telah disyariatkan Allah;

2. Ibadah-ibadah yang ikhlas kerana Allah semata-mata.

Di atas dua asas ini, melakukan Bid'ah dalam agama adalah haram dan mereka yang beribadah kepada Allah menurut cara yang bid'ah tidak mendapat ganjaran dan keuntungan namun menanggung kerugian. Demikian juga keadaannya mereka yang melakukan ibadah yang pada zahirnya menurut apa yang telah disyariatkan, tetapi ibadah tersebut tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah, namun dengan tujuan yang lain. Mereka yang melakukan ibadat seperti ini juga akan mendapat kerugian.Kita berdoa kepada Allah supaya memberi taufik kepada kita untuk melakukan ibadah yang sah dan menjadikan ibadat tersebut ikhlas kepada Allah semata.

Selain dari itu saudara haruslah mengetahui bahawa semua bentuk amal, sekalipun yang harus jika dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka amal-amal tersebut akan menjadi amal soleh yang akan diganjari pahala.

Syarah Ushul Isyrin Imam Syahid Hasan Al-Banna; Islam Adalah Agama Universal (1)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204016146350554&set=a.198219183596917.51283.171132802972222&type=3&theater

Usul Isyrin adalah salah satu tulisan yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Banna, dan merupakan buah tangan yang sangat penting, kerana kitab ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh setiap Muslim dan wajib diikuti dalam perilaku dan tindak-tanduknya; baik untuk menjalin hubungan yang erat kepada Khaliqnya dan untuk menjalin hubungan yang erat terhadap sesama manusia.

Bahawa dalam Usul Isyrin ini, imam Hasan Al-Banna menerangkan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian) di dalamnya, terutama dalam hal-hal yang berkenaan dengan aqidah, kerana aqidah harus difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran Al- karim dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penjelasan ini setiap Muslim dapat memahami Islam sebagaimana yang patut difahami tanpa menambah atau menguranginya sedikitpun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasul-Nya saw.

Demikian juga dalam Usul Isyrin ini imam Hassan Al-Banna, Pengasas dan Al-Mursyid Pertama jamaah Ikhwanul Muslimin, menerangkan bahawa di dalam Islam terdapat hal-hal yang dibenarkan untuk berbeza pendapat di samping perkara-perkara yang tidak boleh berbeza pendapat tadi. Semoga dengan ini setiap Muslim itu mengetahui di mana tempat-tempat yang boleh berbeza dan tidak merasa ganjil bila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti itu.

Kepada para Ikhwan hendaklah membaca dan mengulang-ulang dalam tulisan ini sehingga boleh memberikan pencerahan, mehamami terhadap ajaran Islam dan mempererat ukhuwah terhadap sesama. Kemudian hal-hal yang telah diketahui dan difahami dari ajaran-ajaran Islam tersebut hendaklah diamalkan. Dan setiap amalan tersebut hendaklah dapat membentuk jiwa dan membina diri dalam suasana Islami; kerana beramal dalam usaha pembentukan peribadi adalah cara yang dapat membentuk jiwa. Inilah jalan yang dilalui oleh para sahabat nabi yang mulia kerana mereka beramal dengan apa yang diketahui.

Semoga Allah swt. memberikan hidayah-Nya, meredhai dan memberikan pertolongan-Nya kepada kita semua, sehingga kita dapat tetap teguh dan berkhidmat untuk agama Allah, dan semoga pula Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Al-Mursyid dengan petunjuk dan kebaikan dan menumbuhkan kepada ktia cinta pada pengorbanan dan jihad.

ASAS PERTAMA:

الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة, وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة, وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء, وهو مادة وثروة أو كسب وغنى, وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة, كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء

Islam adalah agama yang menyeluruh, merangkumi semua bidang kehidupan; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadah yang sah tidak kurang tidak lebih.

Keterangan:

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman Allah:

وما أرسلناك إلا كافة للناس بشيرا ونذيرا ولكن أكثر الناس لا يعلمون

"Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan". (Saba ': 28)

Islam adalah agama menyeluruh kerana mengatur seluruh urusan hidup manusia, mengatur segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang bersangkutan dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah:

ما فرطنا في الكتاب من شيء

"Tiadalah kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Al-Kitab" (Al-An'am: 38)

dan firman Allah:

ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء

"Untuk menjelaskan segala sesuatu" (An-Nahl: 89)

Di atas dasar dan sifat-sifat Islam yang tetap dan tidak berubah inilah Al-Mursyid Hasan Al-Banna Rahimahullah berbicara dalam asas yang pertama ini untuk menjelaskan beberapa perkara-perkara yang terkandung dalam Islam. Dan penjelasan yang dibuat oleh Hasan Al-Banna ini diperkuatkan oleh Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang berkaitan dengan undang-undang, yang berkaitan dengan ibadah, yang berkaitan dengan mu'amalat, jenayah dan seterusnya.

1. Islam adalah negara:
Islam adalah negara, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Hasan Al-Banna bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan pada persoalan negara. Islam tidak terhad tentang hubungan manusia dengan Allah belaka, namun Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jemaah dengan jemaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem politik yang disokong oleh negara, manakala negara mempunyai seorang pemimpin yang dikenali dalam istilah fiqh sebagai imam atau khalifah.

Dan Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu telah diperbincangkan dalam undang-undang institusi dan undang-undang institusi merupakan salah satu daripada cabang undang-undang. Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah; fikrah Islamiah. Oleh kerana itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah (bermazhab), bukan jenis dan bukan iklim. Pemimpin negara dipilih melalui pemilihan oleh rakyat sesuai dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan amanah.

Tujuan pemilihan dan pelantikan pemimpin dalam sesebuah negara adalah untuk melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya. Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam adalah penting dan harus berfungsi, tidak boleh diendapkan dan diabaikan. Dan setiap individu harus bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap pemimpin negara agar dapat menunaikan kewajibannya.

Atas dasar ini, setiap individu mempunyai hak untuk mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik, sebagaimana pihak kerajaan dan negara juga mempunyai tanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang baik dan selesa untuk mereka.

2. Islam adalah watan:

Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh Hasan Al-Banna. Maksudnya adalah bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang muslim adalah semua negara Islam (Darul Islam). Dan yang dimaksudkan dengan negara-negara Islam adalah seluruh iklim yang didiami oleh umat Islam atau terdapat di dalamnya orang muslim, kuasa dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim tersebut. Dan setiap individu muslim berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari usaha mereka yang ingin merampas dan menghancurkan Darul Islam. Kewajipan ini merupakan hak sebuah Darul Islam atas seoang Muslim.

3. Islam adalah umat:

Umat yang dimaksudkan oleh Hasan Al-Banna adalah suatu jemaah manusia yang disatukan oleh satu ikatan. Namun pada ikatan yang menjadikan mereka satu jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertaut antara sesama mereka dan ingin hidup bersama secara harmoni iaitu ikatan aqidah Islam.

Islam ingin membangun dan membangkitkan suatu umat di atas asas aqidah Islamiah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan aqidah Islamiah, maka perbezaan jenis, bahasa atau iklim tidak lagi menjadi suatu halangan atau hal yang penting. Dengan aqidah Islamiah sahaja sudah cukup untuk membentuk suatu umat. Sementara itu, selain aqidah Islamiah maka tidak akan mampu membina dan menyatukan suatu umat. Dalam Al-Quran Allah berfirman:

إنما المؤمنون إخوة

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara." (Al-Hujurat: 10).

Dan Firman-Nya lagi:

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
"Sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Aku Tuhan kamu, maka sembahlah Aku. "(Al-Anbiya: 92)

4. Islam adalah akhlak.

Islam adalah akhlak. Sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Hasan Al-Banna, maksudnya adalah bahawa Islam sangat memperhatikan dan menganggap penting akan akhlak. Perhatian Islam terhadap akhlak sangatlah jelas, kerana Al-Quran telah menyebutkan tentang contoh akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang harus menjadi sifat seorang mukmin.

Al-Quran menyebutkan sifat-sifat ini dengan cara memuji, menyukai dan menyeru agar berakhlak dengan sifat-sifat tersebut. Al-Quran telah memuji Rasulullah saw kerana akhlaknya yang tinggi. Firman Allah:

وإنك لعلى خلق عظيم

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung". (Al-Qalam: 4)

Dalam hadis juga dinyatakan:

انما بعثت لأ تمم مكاره الأ خلاق

'Saya (rasul) hanyalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'.

Dan diriwayatkan dari Aisyah ra, sewaktu beliau menerangkan akhlak Rasulullah saw berkata:

كان خلقه القران

'Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran'.

Akhlak mempunyai kedudukan yang sangat penting dan asasi dalam dakwah ikhwan. Dan ikhwan sentiasa mewajibkan diri mereka agar selalu berakhlak Islami. Atas dasar inilah sangatlah keliru pada mereka yang mengatakan bahawa dakwah ikhwan hanya menitik beratkan pada permasalahan am belaka, dan seruan untuk berakhlak tinggi dan mulia sangat bertentangan dengan dakwah ikhwan.

Mereka yang menganggap demikian adalah kaliru dan salah, kerana akhlak merupakan bahagian dari dakwah Islam. Dan sangatlah tidak layak bagi ikhwan mengabaikan sesuatu yang dibawa oleh Islam. Selain dari itu kesempurnaan amal adalah bergantung kepada kesempurnaan maknawi (batin) dan akhlak yang tinggi dan mulia tergolong dalam pengertian maknawi yang dapat membuahkan amal yang soleh. Adalah sia-sia kalau kita hanya memperbaiki lahiriah manusia dan menuntut mereka supaya melakukan amal soleh sedangkan kita membiarkan batinnya berakhlak yang keji. Oleh kerana itulah, akhlak mendapat perhatian besar, dan jiwa seharusnya dididik dengan akhlak yang mulia.

Akhlak tidak terhad kepada persekitaran tetapi ia merupakan sifat-sifat mulia yang telah diketahui secara umum seperti berbicara dengan lemah-lembut, manis muka dan rendah diri. Bahkan medan akhlak sangatlah luas sebagaimana yang telah digambarkan oleh Aisyah sewaktu menerangkan akhlak Rasulullah saw 'Akhlaknya adalah Al-Quran. Oleh kerana itulah segala sifat yang mulia merupakan bahagian yang dituntut oleh Al-Quran untuk dilaksanakan.

Sifat sabar, teguh pendirian, tabah, jaga harga diri, benar, menunaikan janji, semangat tinggi, ikhlas dan sifat-sifat yang lain adalah termasuk sebahagian daripada akhlak yang tinggi dan mulia. Sementara perilaku yang bertentangan dengan sifat-sifat tersebut seperti keluh-kesah, hilang pertimbangan, ragu-ragu, nifak, hina-dina, dusta, penipu, berteriak, dan sifat-sifat keji yang lain adalah akhlak yang dituntut supaya ditinggalkan, dan harus dibersihkan darinya . Dan apabila setiap jiwa telah bersih dari akhlak yang keji ini dan terhias dengan akhlak yang tinggi dan mulia, maka seorang muslim akan mempunyai peribadi yang kuat, tangguh, mengutamakan yang hak, mempunyai pengaruh dalam hidup dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran.

5. Islam adalah kekuatan:

Islam adalah kekuatan. Sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Hasan Al-Banna yang maksudnya adalah bahawa Islam menyeru kepada kekuatan. Seorang Muslim tidak boleh lemah. Pada hakikatnya, Islam memandang pentingnya kekuatan dan dengan jelas mengajak untuk mencari sebab-sebab yang membawa kepada kekuatan, firman Allah:

وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة

'Dan siapkanlah apa saja kekuatan yang dapat kamu sediakan'. (Al-Anfal: 60)

Ayat Al-Quran di atas datang dalam bentuk yang sangat menarik, merangkumi seluruh jenis kekuatan, baik kekuatan yang dicapai pada saat turunnya Al-Quran atau pada masa-masa setelahnya. Sebagai perintah dan kewajipan tersedianya kekuatan pada umat Islam. Oleh kerana itulah umat Islam bertanggungjawab untuk melakukan dan mempunyai sebab-sebab untuk menjadi umat yang kuat, sesuai dengan masa dan tempatnya.

Dan kekuatan ini tidak hanya terhad kepada kekuatan senjata sahaja, tetapi juga merangkumi pada semua perkara yang boleh menjadikan seorang muslim kuat; seperti ilmu pengetahuan, kekayaan, syarikat dan lain-lain. Kerana apabila seorang Muslim kuat, maka umat Islam secara keseluruhan akan menjadi kuat pula.

Oleh kerana itu, untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini perlu adanya usaha seperti mempunyai ilmu pengetahuan; dengan menyediakan pelbagai bentuk, cara dan wasilah; mempelajari segala jenis perusahaan dan berbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik. Sebagaimana meliputi bidang lain seperti mendirikan kilang dan industri, melakukan experimen dan mempelajari ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh non muslim dalam bidang Meteri serta lain-lain. Oleh kerana itu, dapat kita katakan bahawa mempelajari perkara-perkara tersebut adalah fardhu kifayah atas umat Islam. Dengan kata lain, haruslah ada di kalangan umat Islam suatu usaha yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mencari sebab-sebab yang menghasilkan kekuatan pada umat Islam. Hal ini kita katakan sesuai dengan kaedah fiqh yang mengatakan:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

'Bila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kerana wujudnya suatu perkara yang lain, maka perkara tersebut adalah juga wajib'.

Selain itu pula, ada kekuatan jiwa, ahli dan kekuatan akal adalah termasuk dalam pengertian kekuatan yang harus dimiliki pada umat Islam. Oleh kerana itu, setiap Muslim wajib mencari dan melakukan pelbagai cara yang boleh memberikan kekuatan tersebut kepada dirinya.

Kekuatan jiwa dapat dicapai dengan iman; kekuatan anggota dapat dicapai dengan olah raga; senam menunggang kuda dan lain-lain; kekuatan akal dapat dicapai dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah Hasan Al-Banna telah mewasiatkan beberapa perkara yang boleh memberi kekuatan jiwa, badan dan akal, iaitu dengan menyedari bahawa kebenaran memerlukan kekuatan. Ini adalah sunnah Allah dalam hidup.Karena itu pula, Islam tidak mengabaikan masalah-masalah kekuatan tetapi menuntut untuk semua guna dapat menjaga dan mempertahankan kebenaran yang dibawanya.

Jika kita mengatakan bahawa menyediakan kekuatan itu suatu perkara yang pasti dan wajib pada masa silam, maka kepastian dan kewajipan itu lebih penting dan urgen di zaman moden ini. Kerana umat Islam pada hari ini tidak ubah seperti serpihan roti yang dikerumuni oleh semut. Terdapat bangsa dan umat yang mengerumuni umat Islam ini, yang tidak mana hal ini tidak akan mampu dihalau dan disingkirkan kecuali dengan kekuatan. Dan Jamaah Ikhwan Muslimun sebagai jemaah duat (pendakwah) kepada jalan Allah, sebagai barisan hadapan bagi umat yang beriman, adalah barisan yang ingin menyedarkan umat Islam, sangat memerlukan kekuatan yang boleh digunakan untuk mencapai masalah ini. Kekuatan kita ini haruslah terjelma dalam bentuk kekuatan senjata, iman, ilmu dan kekuatan tanzim (organisasi).

Oleh kerana itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan kekuatan ini dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha mencari sebab-sebab yang membawakan kepada kekuatan ini.
— with Abi Syaamil and Hafizuddin Hassim.

Monday, June 18, 2012

Dari Wall FB ku

Penghujung hidup di dunia adalah mati.
Tapi hidup di Akhirat tiada penghujungnya.

Selama mana pun hidup di dunia.
Tetap tiada yang selama-lamanya.

Usah koyakkan Akhirat, kerana mahukan dunia.
Dunia yang dikejar, pasti ditinggalkan.
Mahukan nikmat yang seketika atau yang berkekalan.
Pilihan hanya ketika hayat masih ada.
Bila hayat diberi telah habis pasrahlah dengan balasan
· · April 27 at 11:36pm ·


Hamba menyatakan cinta terhadap Pencipta
adalah sesuatu yang biasa
kerana selayaknya yang dicipta mencintai si Pencipta
Pencipta mencintai si hamba
maka barulah sesuatu yang luarbiasa

mudah untuk si hamba ucapkan cinta
namun tidak mudah untuk membuktikannya
belum lagi bernama cinta jika berkeluh kesah bila diujiNya
belum lagi bernama cinta jika tidak redha pada setiap takdirNya
belum lagi bernama cinta jika tidak sanggup berkorban demiNya
belum lagi bernama cinta jika belum yakin pada setiap janjiNya

maka usah mudah terpesona
pada ucapan si hamba cintakan si Pencipta
kerana sesiapa pun mampu ucapkannya
· · April 28 at 5:36pm ·


Hanya yang memiliki sesuatu dapat memberikan sesuatu.
Hanya yang mengenal sesuatu dapat menghargai sesuatu.
Hanya yang mencintai sesuatu sanggup berkorban sesuatu.
Hanya yang mengenal Penciptanya benrtindak sebagai hambaNya.
Hanya yang mengharap WajahNya, redhaNya dan pahalaNya
akan menemukan makna ikhlas yang sebenarnya.
· · May 2 at 8:25pm ·

Anggaplah setiap hari adalah hari-hari terakhir
jika kita tahu esok kita sudah tiada..pasti kita lebih bersungguh dari biasa
pasti kita temui esok kita sudah tiada
cuma kita tidak tahu bila
antara kita ke garisan ajal semakin dekat, tak pernah semakin jauh
semakin jauh kita dari kehidupan
pastikan bertambah bekalan untuk kita kembali bertemuNya
· · May 16 at 5:42pm ·

Hari-hari kita mendapat khabar tentang mati..suatu hari..orang pula mengkhabarkan bahawa yang mati itu kita.
Singkatnya hidup ini untuk diisikan dengan yang sia-sia.
Bila kembali kepadaNya..cukupkah bekalan kita?
· · June 15 at 7:11am

Apa yang terpapar di Wall FB kita adalah menggambarkan diri kita.
Kita tulis apa yang terdetik di hati atau hasil dari apa yang kita fikirkan.
Kebiasaan itu terhasil dari apa yang kita suka buat.
Dari kebiasaan akan mendarahdaging (malakah).
Pastikan malakah yang terhasil bermanfaat buat diri kita
dan bermanfaat pula buat diri manusia-manusia lain.
· · June 15 at 9:15am ·