Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Wednesday, July 22, 2009

Nak Jadi Bintang Apa?

Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan dalam filem tetapi di hadapan Tuhan.

Al Quran menjelaskan umat Islam laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat terbaik dalam erti kata lain, semua MUSLIM dan MUSLIMAH adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Allah. Namun tidak semua bintang medapat perhatian Allah. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahma dan keredhaanNya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK..

Di zaman tabiin, Uwais Al-Qarni seorang fakir yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Rasulullah saw mengiktirafnya sebagai penduduk langit. Doanya sentiasa dimakbulkan. Dia redha dengan penyakitnya, redha dengan kemiskinannya, redha menjaga ibu yang buta, lumpuh dan buta, redha mendakap ibunya dalam perjalanan pergi dan balik dari Yaman menuju Mekah dan Madinah. Saat kematiannya, penduduk langit turun ke bumi untuk mengurus jenazahnya. Apakah keistimewaannya hingga disanjung sebegitu mulia sekali? Inilah di antara contoh bintang sebenarnya.

Tuesday, July 21, 2009

Hakikat Cinta Hakiki

Cinta yang paling tinggi adalah cinta kerana Allah. Cirinya adalah orang yang tidak memaksakan kehendaknya menurut hawa nafsu. Cinta yang sejati adalah cinta setelah berakad nikah. Tanpa akad nikah, cinta itu palsu dan anda tertipu.

Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu tiada tempat untuk cinta Allah.

"Ya Allah, Kurnialah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Oleh itu, "If you fall in love", kenalpasti dulu apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam solat dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

"Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"


Dipetik dari Buletin HALUAN Johor Jun 2009

Sunday, July 19, 2009

Jamal haiwani VS Jamal Rabbani

Kecantikan yang membuka badan, aurah adalah atau kecantikan haiwani; iaitu kecantikan yang bersifat haiwan dan manusia yang ingin kepada kecantikan haiwani itu ialah manusia yang bersifat haiwan.

Wanita-wanita yang ingin pada kecantikan haiwani ini, didorong dengan perasaan haiwani bukan dengan persaan yang dididik dan dilatih oleh Iman.

Sebalik itu, kecantikan yang tertutup auratnya adalah kecantikan yang bersih ( jamal muslim) dan
kecantikan Rabbani (jamal Rabbani) yang sebenarnya hanya akan dapat dinilai oleh mereka yang bersih hati dan bersih pula perasaan mereka.


petikan dari Fikrah Kita

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - (dari kacamata Sahibah)

Satu lagi kes, semasa di Mekah dan Madinah, hati Mak Cik sentiasa teringatkan Ukhti Faridah,
sahibah di Johor yang diserang kanser rahim hingga ke tahap kritikal. Dalam doa Mak Cik tak boleh lupakannya. Masa di aipr port Madinah, dapat berita beliau akan menjalankan pembedahan buang rahim yang telah sekian lama tertangguh. Awal pagi sabtu, 1 Januari mak Cik sampai di KLIA, dapat berita pembedahan dihentikan separuh jalan kerana darah keluar tak berhenti. Beliau perlukan bekalan darah. Ramai keluarga dan sahabat yang menderma darah untuknya.

Hari Ahad, 2 Januari kami berkejar untuk menziarahinya di Hospital pakar JB. Sampai di Macap, dapat SMS Ukhti Faridah telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.15 pagi. Sepanjang perjalanan ke JB airmata tidak berhenti mengalir sampailah mengiringi ibunya mengkafankan jenazah beliau. Sebelum itu ibunya menangis "7 orang anak dia.... patutnya biarlah saya pergi dulu, anaknya kecik-kecik lagi. Tak ada Idah macam manalah kami... dia sangat penting daam keluarga Mak Cik. Arwah Pak Cik meninggal, dialah bapak, menanggung segala keperluan adik-adiknya sekolah. Kalau ada masalah adik beradik, dia panggil bermesyuarat. Selalu dia buat mesyuarat dengan adik-adiknya, dengan anak-anak...." Mak Cik peluk bahu ibunya untuk meredakan tangisan itu " Insyaallah, Mak Cik, Allah akan gantikan Idah dengan orang yang lebih baik".

Masa di hospital beberapa kali masuk bilik air basuh muka kerana air mata tak mahu berhenti keluar. Menangis juga memikirkan bila sampai giliran kita akan kembali ke hadrat Allah? Semasa menatapnya buat kali terakhir sempat Mak Cik cium dahi dan membisikkan "Idah, semoga syurga menantimu". Lepas itu air mata keluar lagi. "Bagaimana kelak rohku nanti..."

Dalam perjalanan mengiringi jenazah pulang ke Simpang Renggam, Pak Cik sampaikan makluman daripada Akhi Ashari Kinon, suami Allahyarhamah "Allah izin dia meninggal dalam keadaan very well prepared (persiapan yang rapi), dua tiga hari sebelum operate, nampak dia gembira dan ceria sangat. Beli LCD, siapakan power point bahan tarbiyah dan pesan supaya saya sampaikan kepada familynya tiap-tipa bulan. Ada wasiat untuk setiap anak-anak dalam lap top.." Masya allah, tersentuh hati Mak Cik, sampai begitu sekali persiapannya, memang beliau dah bersedia dan menjangka akan menghadap Allah Rabbul Jalil. Jasa beliau menjadi bendahari Akhowat Johor amat dihargai. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan menghimpunakan rohnya bersama para solehin dan syuhada'. Amin.

Hingga kini masih terbayang-bayang wajah lembut, pelukan intim dan senyuman manisnya ketika kami ikuti program yang sama di Simpang Renggam. Setiap kali teringatkannya pasti mengalir air mata kerana merinduinya. Sahibah Simpang Renggam maklumkan "Dia sakit, tapi dalam bab dakwah macam orang sihat (tak sakit)..". Semasa halaqah terakhir, beliaulah yang ambil kunci dan siapkan tempat halaqah. Tajuk terakhir yang dibentangkan adalah Usul Isyrin yang ke-20.

Inilah hakikat cinta sejati, hasil dawah dan tarbiyah yang dilalui.

Bila, di mana dan dalam keadaan apapun kita semua akan ke alam barzakh, kita ingin menjadi hamba Allah, Khalifah Allah dan Dai'e iLlallah yang sudah mempersembahkan yang terbaik dalam hidup kita seperti Almarhumah di atas. Al Fatehah, semoga Allah himunkan roh mereka bersama para anbia, para solehin dan para syuhada, Amin. Seperti semua almarhumah, kita harus buat ibu bapa kita puas melahirkan kita. Kita ingin anak-anak kita sentiasa merindui dakwah dan tarbiyah kita apabila kita mash hidup atau telah tiada di dunia ini. Semuanya hanya akan terhasil dari proses Tarbiyah Islamiyah yang telah ditunjuki oleh Rasulullah saw mendidk keluarga da para sahabatnya. Tarbiyah ini yang seharusnya kita warisi dari generasi ke generasi dan dari zaman ke zaman.

Harapan mak Cik, kepada semua sahabat dan sahibah, keluarlah dari cengkaman stress memikirkan dunia dan bebaskan diri agar kita semua menjadi Putera/Puteri Akhirat. Memanglah sedih terdengar ada sahabat dan sahibah futur, tercicir kerana tidak tahan dengan ujian..., tertekan, banyak masalah keluarga, busy, kesempitan duit dsb. Doa memanglah kita tolong doakan, tapi tuan punya diri bagaimana? alangkah manis dan bahagianya kehidupan kita semua di dunia ini jika semua sahabat dan sahibah berminat kepada Visi dan Misi, satu arah tujuan iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti demi mendapatkan keredhaan allah. niat yang suci murni, banyak mempermudahkan jalan-jalan kita mengurus dunia dan segala urusan menjadi ibadah di sisi-Nya. Tiada daya & kekuatanku melainkan dengan izin Allah SWT.

dipetik dari Buletin HALUAN Johor Jun 2009

sambungan dari kisah:

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - Usah Bertangguh Jika Terdetik Hati Nak Ziarah

Tuesday, July 14, 2009

Syaikh Jibrin Wafat

14/7/2009 | 22 Rajab 1430 H
Oleh: Tim dakwatuna.com
Kirim Print
syaikh jibrin

Syaikh JIbrin Rahimahullah

dakwatuna.com – Riyadh, Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun. Dunia Islam kembali berduka, adalah Syaikh Abdullah bin Abdurahman Al-Jibrin, seorang Ulama dari kalangan ahlul ‘ilm, yang buku-bukunya sering menjadi rujukan diseluruh dunia.

Syaikh Jibrin begitu beliau sering dipanggil, rahimahullah wafat pada jam 2 siang hari Senin kemarin bertepatan dengan 20 rajab 1430 H. Beliau akan disholatkan pada siang Selasa hari ini di masjid Jami’ Al-Imam Turki bin Abdillah (al-Jami’ al-Kabir) di kota Riyadh.

Syaikh Jibrin rahimahullah pada masa hidupnya pernah menjadi anggota komisi fatwa di dewan Riset Ilmiah dan Fatwa – Arab Saudi sejak tahun 1402 bersama-sama dengan gurunya Syaikh Abdul Aziz bin Bazz rahimullah. Dan pensiun dari jabatan tersebut pada bulan Rajab tahun 1418 H yang lalu.

Syaikh Jibrin rahimahullah meraih gelar Magister dari Perguruan Tinggi Kehakiman tahun 1390 H. dengan judul disertasi “Akhbar al-Aahad fi al-Hadits an-Nabawi” dengan yudisium cumlaud. Gelar doktornya diraih dari perguruan tinggi yang sama pada tahun 1407 H. mentahqiq (investigasi) terhadap buku “Syarah az-Zarkasy ‘ala Mukhtashar al-Khuraqi” dengan yudisium cumlaud level pertama. Dalam disertasi itu ia bertugas mentaqhiq dan mentakhrij (foot­note) hadits sebanyak 7 jilid buku dan buku-buku itu sekarang dicetak dan beredar di toko-toko buku.

Syaikh dikenal sebagai orang yang tawadhu (rendah hati). la sedikit bicara dan tidak akan bicara, kalau tidak karena menjawab pertanyaan.

Syaikh Jibrin juga dikenal sebagai ulama yang sangat konsen terhadap metode pengambilan hukum atau instimbath, sangat kuat menekankan referensi yang sahih. Beliau juga ahli dibidang mua’amalat kontemporer dan sangat menguasai seluk beluknya.

Monday, July 13, 2009

Pilih cahaya atau kegelapan

Paling menyedihkan dalam hidup ini, setelah mengenali cahaya Islam, insan memilih kegelapan kekufuran.

Dalam kehidupan dunia, yang memilih murtad berbangga dengan tindakan sedemikian, tetapi dalam kehidupan
di Akhirat, betapa menyesalnya dan meruginya pilihan yang mereka telah buat semasa dalam kehidupan dunia
yang hanya sedetik waktu.

Insan-insan berebut mencari cahaya tetapi yang murtad terpesona dengan kegelapan.

Sunday, July 12, 2009

Satu Lagi, Mujahid Al-Qassam Syahid

7/7/2009 | 15 Rajab 1430 H | Hits: 305
Oleh: Tim dakwatuna.com
Kirim Print

al-qassamdakwatuna.com – Gaza, Adalah Salim Yasir Abu Shanar, seorang mujahid Brigade Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Hamas, berusia delapan belas (18) tahun dari Masjid Al-Salam di Shabra Gaza, gugur sebagai syahid saat melaksanakan tugasnya dalam latihan persiapan tempur Al-Qossam.

Dengan peristiwa itu, brigade Al-Qossam menyatakan bela sungkawa atas syahidnya Salim Yasir yang disampaikan kepada infopalestina hari, Senin (6/7).

Dalam penjelasanya, Al-Qossam mengatakan, mujahid Salim telah menghadap Allah saat melakukan tugas jihadnya dalam latihan persiapan tempur.

Sekarang ia telah berada di sisi-Nya setelah berkelana dalam amal jihadi di barisan pasukan Hamas dan Brigade Al-Qossam. (asy/ip/ut)


Sunday, July 5, 2009

innalillaahi - berita duka: Yanu Ekumbaran (alm)

Posted by: "Satriyo" lasykarlima@gmail.com satriyo_as

Thu Jun 25, 2009 7:33 pm (PDT)



salam,

pagi ini, beberapa menit lalu, sms masuk ke hp saya:

"Innaillaahi wainna ilaihi rajiuun. Pak Yanu meninggal dunia,sbtu
20-6-09.(af1 telat ngasih kbr)"

terkejut bukan main saya membacanya. Yanu! Ya, Yanu Ekumbaran. Kader PKS
yang juga teman baik saya serta pernah satu tim pengajar di sebuah bimbel
besar menghembuskan nafasnya di rumah sakit akibat luka dalam yang parah:
tulang rusuknya yang patah menembus dan mengoyak levernya.

belum terlalu lama saya accept facebook beliau. senang sekali saya kembali
dapat bersua dengan teman seperjuangan meski hanya maya. ah begitu banyak
kenangan bergiat bersama beliau baik di ruang kelas, ruang rapat maupun saat
outing bersama .... ah andai kata (astaghfirullah! )* saya tidak berkendala
mengakses ke facebook kemungkinan saya tahu lebih awal, sahabat, dan tahu
lebih cepat kabar duka ini.

selamat jalan teman, selamat jalan mujahid lillah! semoga amal baik dan
ibadahmu mendapat balasan dan Ridla Dzul Jalal wal Ikram, Allah swt.

buat teman-teman yang kebetulan kenal dan baru mengetahui berita ini, atas
nama keluarga saya mintakan agar segala kesalahan beliau dimaafkan, dan
mohon doanya buat beliau dan keluarga yang ditinggalkan.

di bawah saya kutipkan beritanya di Kompas sepekan lalu ...

salam,
satriyo
* Rasul tidak suka berandai-andai ...!