Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Monday, March 9, 2009

PPSMI - Antara Pandanganku

RS^

« Reply #73 on: 11 June 2008, 12:06:59 »




Term tu contohnya 'klorofil' (BM) tapi 'chlorophyll'
(BI-maaf ler kalau salah eja)
Tapi bahasa diperlukan untuk menerangkan term tu,
contohnya daun-daun perlukan
cahaya matahari utk hasilkan klorofil.

Atau dalam B.I, languagenya 'leaves need sunlight to produce chlorophyll'
( aku pun tak pastilah grammarnya. Yg jadi masalah sistem kini
bukan nak sebut 'chlorophyll' tu, tapi nak faham 'what is chlorophyll?'
( bukankah anak2 lebih cepat faham kalau
mereka difahamkan dgn bahasa yg mereka faham? )

What is 'gravity'? Tak semestinya kita kena guna ayat
yg ditulis Isaac Newton,
barulah anak-anak faham konsep graviti.
Kalau yg pandai B.Inggeris memang
mereka faham apa-apa keterangan dalam B.I.

Kita perlu faham bahasa untuk memahami 'term'/ istilah.
Tapi sampai bila pun kita
tak boleh faham istilah kalau kita tak faham bahasa yg digunakan.
Inilah masalah
anak2 kita dgn sistem pengajaran kini.

« Reply #71 on: 11 June 2008, 10:11:57 »




Aku buat analogi gini ler, cuba kita ajar anak2 kita Sains & Math tu
dlm bahasa tamil. Pasal kita kata apa2 yg diajar sejak anak-anak tu
kecil lagi, ia akan lebih cepat dipelajari.

Masalahnya anak2 kita tak faham bahasa tamil tu, jadi macam mana
dia nak faham Sains & Math tu. Jadi demikianlah umpamanya ianya
diajar dlm B.Inggeris, anak2 tak faham bahasa tu, tu yg jadi depa tak
faham Sains & Math. Sebab tu aku dah buat contoh yg guru2 ngajar
dlm bahasa Itik, tapi anak2 ayam tak faham bahasa si Itik.
Sudahnya anak2 kita tak faham B.Inggeris & sudahnya tak faham
Sains & Math.

Aku lihat sistem dulu, aku boleh faham Sains & math walaupun aku
tak faham Inggeris. Tapi dgn kefahaman asas yg aku dah ada
di sekolah rendah & menengah, memang aku
tak berapa masalah nak memahaminya di tahap matrikulasi walau dlm
B.Inggeris kerana di tahap ini aku hanya perlu dalami bahasa je.

Masalah anak2 kini kita didedahkan terus Sains & Math dlm B.Inggeris,
depa belum lagi memahami asas2 Sains & Math tapi pada masa yg sama
depa perlu fahami bahasa dulu.
« Reply #36 on: 22 May 2008, 09:28:28 »



Mengupas tentang belajar dari sumbernya (learn from the source).
Dalam disiplin keilmuan Islam memang dituntut belajar dari sumber
pertama dengan istilah lain perolehi ilmu secara bersanad.

Yang dimaksudkan bersanad pula bukannya dengan mentelaah
dari buku-buku tulisan si guru yang pertama tanpa berpeluang
mengikuti syarahan dan kefahaman sebenar dari mulut guru itu
sendiri. Maka sebab itu dalam kedisiplinan ilmu hadith memang
amat dititikberatkan satu2 Hadith itu mencapai tahap sanad
yang diperlukan lantas wujud Hadith yang shahih, hassan atau dhaif.

Jadi dalam kes pengajaran Sains & Matematik ini, jika matlamatnya
belajar dari sumber, masih tidak jelas pendekatannya sebab
anak-anak kita masih didedahkan dengan buku-buku yang telah
ditulis semula oleh para sarjana tanpa melalui sanad seperti
kedisiplinan yang dipraktikkan ilmuan Islam. Mungkin boleh dikira
bersanad jika misalnya anak-anak kita dapat membaca sendiri
buku yg ditulis Isaac Newton bila belajar tentang graviti.

Belajar dari sumber ini dalam ertikata sebenar lebih sesuai dilalui
oleh para sarjana ditahap 'master' atau 'kedoktoran' bukannya
ditahap anak-anak kita baru nak mengenali Sains & Matematik
agar minat mereka makin bercambah.

Yang paling jelas matlamat sistem yang diperkenalkan adalah
supaya anak-anak lebih fasih berbahasa Inggeris. Tapi mengapa
pula guru-guru Sains & Matematik yang dibebankan bagi
mencapai matlamat ini? Matlamat memang dah bagus, yang
dipertikaikan adalah cara & pendekatan dalam mencapainya.


« Reply #12 on: 19 May 2008, 15:18:39 »


Pada aku logic mudahnya gini je; berapa ramai anak2 melayu kini dah mula tak faham
Sains & Matematik sebab dia diajar dalam B.Inggeris. Nie pun,bukan nak citer bab politik,
yg politik tu kita citer 5 tahun sekali, sebab ada hak memangkah. Nie nak citer apa nak jadi
dgn bangsa melayu kita 50 tahun akan datang, lom lagi citer nak memalaysiakan kaum2
di negara ini. Data2 peningkatan anak2 dlm pengajaran Sains & Matematik tu banyak yg
dibuat2 je (modified - bayangkan ada anak, Matematiknya A tapi subjek Sains 5,6,7,8,9
sebab Matematik lebih memahamkan angka2 dari bahasa, tapi Sains kena faham bahasa )
Hakikatnya ramai yg tak faham B.Inggeris, apa lagi nak faham Sains & Matematik.

Bila anak2 balik rumah, tanya dgn Mak Ayah yg tak berapa faham B.Inggeris, Mak Ayah
pun tak reti nak menjawab atau membantunya.

Sekolah jenis kebangsaan Cina sebab tu masih merayu agar ianya kembali diajar dlm
bahasa Ibunda. Mereka sanggup anak2 mereka ambil masa tambahan untuk memahami
Sains & Matematik yg masih lebih difahami dlm bahasa Cina.

Kementerian Pendidikan masih belum berani mendedahkan statistik sebenar keciciran
anak2 Melayu dlm Sains & Matematik sejak ianya diajar dlm B.Inggeris. Lantaran itu,
yang dimaklumkan kerajaan belum buat keputusan dan masih dalam kajian.

Apa yang berlaku kini seolah anak2 ayam diajar Sains & Matematik, tapi gurunya sang Itik.
Itik tak tau apa yg dicakap kat anak ayam, anak ayam pun tak reti apa yg guru Itik nak sampaikan.

B.Inggeris memang penting tapi tak perlu semua rakyat perlu fasih B.inggeris. Yang nak
berkerja di luar negara atau dengan firma-firma luar negara memang perlu fasih B.Inggeris.
Tapi masalah kita kini, nak anak2 pandai B.Inggeris tapi subjek Sains & Matematik yang
dimangsakan. Kalau nak baguskan B.Inggeris, pendekatan & cara mengajar B.Inggeris itu
yang perlu diperkasakan.

Nak lihat keputusan mudah, setelah 5 tahun pengajaran Sains & Matematik dilalui, berapa
ramai anak2 Melayu yang boleh 'speaking' B.Inggeris dgn fasih dan berapa ramai guru yang
mengajar subjek berkenaan juga fasih berbahasa Inggeris sebelum sistem ini dimulakan. Lihat
keadaanya serupa je, cuma ditambah lebih ramai anak melayu yg tak faham Sains & Matematik.

Janganlah yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. Nie bukan masalah nak ikut Jepun,
ikut Singapura atau ikut U.K. Tapi nilailah kemampuan anak2 melayu kita, jangan gah nak
gemilang tapi habuk pun tarak sebab gagal menguasai Sains & matematik gara2 nak
menguasai B.Inggeris. Sudahnya terror B.Inggeris pun tak, terror Sains & Matematik pun tak.

Contohnya Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan pertama pun, dia memahami Sains & Matematik
dengan dasar bahasa Melayu di UKM, bila dia nak jadi angkasawan hanya perlu belajar satu lagi
bahasa iaitu Rusia. Yang lebih menjadi persoalan utama apakah anak2 melayu menguasai Sains
& Matematik? Bahasa masih boleh dikuasai setelah Sains & Matematik dikuasai. Satu konvesyen
Melayu Johor telah membuat resolusi, satu tamaddun Melayu akan lenyap jika sistem
kini diteruskan. Fikir-fikirkan tenaga yg kita ada dari nafsu yg teronta-ronta.


Bantahan PPSMI







Semua foto di atas adalah ehsan - http://shahrulpeshawar.wordpress.com/