Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Wednesday, January 4, 2012

Catatan Perjalanan Menjengah Blog Sahabat http://tehbri.blogspot.com/

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya". (Surah Ali Imran Ayat 185)

Demikianlah tag-line yang kubaca pada ruang Tajuk di blog seorang sahabatku.Aku menemukan blognya sewaktu aku melayari blog seorang lagi Sahabatku, Bro. Hamzah. (Al-Fatihah : Pemergian seorang insan gigih mendidik & berbakti - Allahyarham Mohamad Sabri Ibrahim). Berikutan petikan sebahagian catatannya:

“ Ana berminat untuk menulis dalam blog sebagai salah satu medium dakwah dan perkongsian dengan rakan-rakan.”

Allahyarham Mohamad Sabri Bin Ibrahim, atau saya lebih selesa memanggilnya dengan panggilan pak cik. Kerana merasakan bahawa – saya lebih muda usianya dan menghormatinya. Beliau telah kembali ke Rahmatullah jam 4.40 pagi 28 September 2011 di Hospital Ampang Puteri setelah sakit beberapa hari kerana mengalami serangan angin ahmar (strok).

Layarilah blognya : TEHBRI Mendidik dan Berbakti. Sebagai perkongsian yang digerakan dan diusahakan oleh beliau. InsyaAllah.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

(Ali Imran 3 : 185)

Catatanku pula: Sahabat yang telah pergi menquote Surah Ali Imran Ayat 185 juga, cuma makna penghujung ayatnya "...maka sesungguhnya ia telah berjaya" sedangkan makna ayat yang sama untuk satu lagi, diquote oleh Bro. Hamzah "..maka sungguh ia telah beruntung.". Pertanyaanku pula apakah ini sudah suratan atau satu kebetulan.

Blog Sahabat yang telah tiada aku linkkan dengan tajuk "Blog - Mereka Yang Telah Pergi".

Tuesday, January 3, 2012

Catatan Perjalanan JDK 2011/12


Hari ini selepas sarapan pagi di warung betul-betul dekat conner Jalan Sg. Tiram - Pasir Gudang, kami seramai 6 orang berkunjung ke Perkampungan Jalan Hj. Noh, Sg. Tiram. Dalam sejam meninjau perkhemahan peserta JDK 2011 Zon Selatan dalam modul Kecergasan & Rekreasi.

Terharu mendengar kisah seorang Jurulatihnya yang masih muda (22 tahun) yang bercita-cita untuk membina mahligai impian sejak 2009, akhirnya tercapai dalam 2010 apabila calon ke 9 sanggup menerimanya sebagai suami (hanya lulusan SPM) walaupun isteri bakal berkelulusan doktor perubatan. Beliau mendirikan rumahtangga merintis jalan-jalan yang soleh tanpa 'dating' & percintaan, tanpa wang mas kahwin semasa kaki melangkah ke majlis pernikahan. Namun indahnya susunanNya, seorang sahabat menghadiahkannya RM500 hanya beberapa detik sebelum majlis ijab & qabul maka akhirnya beliau keluarkan wang sendiri RM1 untuk mencukupkan mas kahwin RM501.

Masya Allah & Alhamdulillah buat Sahabat yang ana temui dalam JDK 2011 di ILIM, Sg. Merab tapi tak berkesempatan untuk bertaaruf kerana kepadatan tugasannya ketika itu. Namun Allah susun kami dapat bertaaruf pada pagi yang indah hari ini.