Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Tuesday, December 21, 2010

Harga Diri

Kata Imam Syafi’i, “Barangsiapa yang menaikkan harga dirinya di atas harga yang sesuai dengannya, maka Allah akan mengembalikannya pada nilai yang sesuai.”

Friday, November 26, 2010

Alam, bacalah, rasailah

Bacalah susunan syair yang indah-indah tentu timbul keinginan hendak memuji penyusunnya. Bacalah karangan buku yang berfaedah, tentu timbul kerinduan berkenalan dengan pengarangnya.

Inilah di hadapan mata kita, iaitu alam, bacalah, rasailah, masukkan ke jiwa raga nescaya timbul keinginan dan kerinduan berkenalan dengan Yang Menjadikannya.

Thursday, November 18, 2010

Menyeru Manusia Ke Jalan Allah

Harta, wanita, tahta, bulan & matahari tak dapat dijadikan ganti atau tukaran bagi da'wah atau menyeru manusia ke jalan Allah.

Menyeru manusia untuk beriman & beramal shalih jauh lebih tinggi nilainya daripada harta, wanita, tahta, bulan & matahari itu.

petikan dari buku Mengenal Tuhan - Bey Arifin

Tuesday, November 9, 2010

Di manakah bahagia?

Bertambah besar iradah (kemahuan), bertambah dekat bahagia. Bertambah lembik iradah, bertambah jauh bahagia.

Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

Orang rindu pada sesuatu sebelum ada padanya, tetapi bila telah ada, hilanglah kerinduannya sebab segala isi dunia ini indahnya sebelum ada di tangan.

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar ketika dia dalam gelap, perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu, sampai di sana yang dicarinya tak ada sama sekali. Akan kembali ke tempat asalnya, jalan yang lebih gelap dari dahulu, lantaran ia tak sabar menunggu cahaya sejati.

Memang sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang ada di tangan orang itu kelihatan indah.

Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbulah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia. Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal itu bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar 'redha' demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.

Berhadapan dengan Hati yang dukacita, tegaklah perasaaan redha.
Berdekatan dengan Hati yang Duka, tegak pula rasa benci.

Sunday, October 31, 2010

Secebis Kenangan Terakhir Bersama UDMZ - Ehsan Ummi Siti Hajar






08/08/2010 - hari pernikahan Qaid dengan Kak Nali.

Mama, baba dan miqdad sempat ke kenduri nikah di rumah kak Nali saja dan terus pulang tengahari tu. Allah izin kak Nali sempat berimamkan qaid sebagai suami solat zohor, asar, maghrib dan isya'. Selepas itu Q layan lagi sahabat yang datang ke kenduri sehingga lewat malam dan dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Allah izin hari tu malam Isnin dan tiada doktor pakar on call menurut cerita.

Semenjak malam tu sehingga 17 oktober (40 hari) Q terlantar di hospital dan meninggal dunia 18 Oktober 2010 jam 9.58 pagi. Allah izin kak Nali merasai menjadi isteri Q hanya untuk waktu tersebut. Itulah suratan taqdir tiada siapa yang dapat merubah ketentuan Nya. Innalillahi wainnaa ilaihi raajiuun.

"Hanya yang merasai saja memahami tautan iman tanpa mengira gelora lautan samudera yang menggoncang keseluruhan tarbiyyah. Sayid Qutb pesan dasar hidup kita hanyalah berdasarkan iman dan ukhwah semata-mata." (petikan kata dari baba)

Dipetik dari komen-komen facebook SHM.

Thursday, October 28, 2010

Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja

Petikan dari Buku 'La Tahzan'
" Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari sahaja lagi - hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seolah2 anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dgn begitu, hidup anda tidak akan koyak rabak di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka duka serta pedih parut masa lalu dan dengan bayangan hantu masa depan yg penuh keraguan dan sering menakutkan..."

- Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni

Bolehkah diharap si anak

petikan syair Arab berikut:

Tiada sama tumbuhan yang tumbuh di dalam taman,
Dengan tumbuhan yang tumbuh di padang pasir terbiar,
Bolehkah diharap si anak mencapai kesempurnaan,
Jika yang menyusuinya wanita yang liar.

Monday, October 25, 2010

Allah yang mencipta manusia memahaminya maka dihalalkanNya poligami.

"Saya tidak menentang poligami tetapi yang saya tentang adalah ketidakadilan dalam poligami'

Itulah kata-kata klise yang biasa kita dengar. Yang tidak bersetuju pada poligami pun membentangkan hujah hadis/alQuran tentang 'adil' & beri contoh2 yang dia lihat/dengar, yang kebanyakannya diketahui dari orang lain iaitu bukan dialami sendiri, orang putih kata 'hearsay'.

Cuma pada saya perbahasan sedemikian membantukah untuk membetulkan keadaan/realiti yang sedang dihadapi? Manusia dijadikan bernafsu serta punya keperluan masing2. Allah yang mencipta manusia memahaminya maka dihalalkanNya poligami.

Allahyarham Haji Said Haji Ibrahim ( Bekas Mufti Negeri Sabah ) bila ditanya menyelesaikan dua pendapat poligami hendak digalakkan atau disekat menjawab berikut:

Untuk mengatasi dan menyelesaikan dua pendapat yang bertentangan ini; Islam telah membuat satu peraturan, iaitu bila terdapat dua pendapat yang bertentangan hendaklah dirujuk kepada nas Quran dan hadith Nabi s.a.w. Ini adalah berdasarkan firman Allah Taala.

Maka jika kamu berbantah (bertentang pendapat) pada sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan keputusannya kepada Allah (Quran) dan Rasul (hadith) jika benar-benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. ( Surah An-Nisa: 59 )

Dalam nas Quran dan hadith tidak didapati satu ayat, atau sepotong hadith pun menggalakkan umat Islam supaya berpoligami dan tidak juga nas untuk menyekatnya, tetapi apa yang didapati nasnya; harus berpoligami dengan syarat adil sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firmannya dalam ayat 3 surah An-Nisa.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa poligami itu adalah harus bagi mereka yang boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya. Ayat ini tidaklah bermakna menggalakkan berpoligami dan tidak pula menyekat.

Hal ini adalah terserah kepada seseorang yang hendak berpoligami itu setelah ia menimbangkan dengan sepenuh teliti, buruk atau baiknya, sanggup berlaku adil atau tidak.

Bagi orang-orang beriman, jangan membuat sesuatu pendapat yang bertentangan dengan hukum Allah dan sunnah Rasul, mereka yang bersikap demikian adalah sebagai orang yang membantah hukum Allah dan RasulNya, dan ini merosakkan keimanan.


( Rujuk buku 400 Soaljawab Nikah Kahwin, penerbit Media Hasda, cetakan pertama 1984, cetakan kesepuluh 1996.)

Rasa2nya tiada suami yang tiba-tiba bangun pagi tergerak hati nak berpoligami. Memanglah lelaki yang berpoligami itu lelaki yang bernafsu sebab dia belum 'mati pucuk' sebab itu dia dapat menikah yang pertama. Islam agama fitrah yang tidak mengekang nafsu, tetapi nafsu disalurkan ke arah yang halal dan diberikan tanggungjawab. Tanggapan kita lelaki berpoligami bermotifkan nafsu semata2. Jika motif nafsu sahaja kenapa dia pilih berpoligami, tidak berskandal sahaja, 'buat apa susah2 beli/pelihara lembu jika beli susu kan lagi murah'. Ini bermakna dia bukan fikirkan yang murah tapi kehalalannya.

Poligami ini unsur seronoknya sedikit sahaja, tapi tanggungjawabnya yang banyak. Yang duduk di luar poligami 'cemburu'kan yang berpoligami ini dapat menikmati seronok yang sedikit itu, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul tidak di'cemburu'kan. Maka kita pun templak mereka, 'nak berpoligami ikut Sunnah, yang lain2 tak mahu ikut Sunnah'. Kita yang monogami ini lebih hebatkah amal-amalkan Sunnah dari yang berpoligami?

Kita pun celahkan ke lain, 'yang berpoligami ini rata2nya gagal berlaku ADIL'. Bila kita bahaskan keadilan itu berapa keratkah yang mampu memperincikan senarai keadilan yang dimaksudkan, senaraikan keadilan dari sudut material, sudut akhlak & sudut agihan kasihsayang. Maka kita pun berdalih, 'kami tidak berpoligami, maka tugas kamulah mencari ilmu berpoligami'.

Rujuk ayat 3 & 129 Surah An-Nisa :

Ayat ini isinya meniadakan kesanggupan berlaku adil kepada sesama isteri, sedangkan ayat di atas mewajibkan berlaku adil. Kedua ayat ini tidak bertentangan kerana adil yang dituntut di sini iaitu adil dalam masalah-masalah lahiriah yang dapat dikerjakan oleh manusia bukan adil dalam hal cinta dan kasih sayang. Sebab masalah ini di luar kemampuan seseorang. Berlaku adil yang ditiadakan oleh ayat di atas iaitu adil dalam cinta & bersetubuh.

Abu Bakar bin Arabiy berkata: Memang benar bahawa adil dalam cinta di luar kesanggupan seseorang. Sebab hanya ada dalam genggaman Tuhan yang mebolak-balikkannya menurut kehendakNya. Begitu juga dengan setubuh terkadang ia ghairah dengan isteri satunya, tapi tidak begitu ghairah dengan isteri lainnya, asalkan saja perbuatan ini bukan disengaja, maka ia tidak berdosa. Sebab hal ini ada di luar kemampuannya. Kerana itu tidaklah ia dipaksa untuk mengerjakannya.

'Aisyah berkata " Rasulullah selalu membagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan beliau pernah berdoa: Ya Allah! Ini bahagianku yang dapat kukerjakan. Kerana itu janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya."

Kata Abu Daud: Yang dimaksudkan dengan "Engkau kuasai tetapi aku tidak menguasai iaitu 'hati'"

(H.R Abu Daud, Tarmidzi, Nasai'iy dan Ibnu Majah)

Kata Al Khatthabi: Hadits ini menunjukkan sebagai penguat adanya wajib melakukan pembahagian kepada isteri-isterinya yang medeka dan dimakruhkan bersikap berat sebelah iaitu berat sebelah dalam menggaulinya yang bererti mengurangi haknya, tetapi bukan terlarang untuk lebih mencintai yang satu dari yang lainnya, kerana soal cinta ini ada di luar kesanggupannya.

( Rujuk Fikih Sunnah Jilid 6 (mukasurat 142 & 143) oleh Sayyid Sabiq terbitan Pustaka Al-Azhar )

Allahyarham Haji Said Haji Ibrahim ( Bekas Mufti Negeri Sabah ) bila ditanya 'Berapa lama sekurang-kurang masa giliran seorang isteri?:

Sekurang-kurangnya masa yang wajib giliran seorang isteri ialah satu malam, dan tidak ada sekatan lamanya bila ada keizinan dan persetujuan isteri-isteri tadi.

Tegasnya, suaminya itu boleh membuat giliran tiap-tiap seorang isterinya lebih dari satu malam dengan izin dan persetujuan isteri-isterinyanya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah tatkala berkahwin dengannya; baginda bermalam bersamanya selama 3 malam dan baginda bersabda:

Bahawasanya tidak ada bagi engkau kehinaan jika engkau berkehendakkan aku bermalam bersama engkau 7 malam, dan jika aku bermalam 7 malam bersama-sama engkau; aku akan bermalam pula selama 7 malam bersama-sama isteriku yang lain. ( Riwayat Muslim )

( Rujuk mukasurat 148 & 149 buku 400 Soaljawab Nikah Kahwin, penerbit Media Hasda, cetakan pertama 1984, cetakan kesepuluh 1996.)


Diibaratkan permainan bola, tak semua suka main bola, tapi suka menonton. Yang menonton ini memang biasanya bijak mengkritik, 'apalah mudah macam tu pun, tak boleh nak score!'. Cuba beri peluang dia sendiri turun padang, nak lihat skill dia mengawal & menggelecek bola serta berapa banyak dia mampu score. Tapi mungkin dia berdalih, 'aku dah ada kerja tetap, berilah peluang pemain profesional cari makan'. Yang hiruk pikuk di luar padang ini adalah yang menonton. Penonton tak merasai penatnya yang bermain, perah otak mencari strategi untuk menang.

Bukankah lebih baik yang rasa dia mampu jadi bermain dengan lebih baik turun padang, buktikan 'skill' agar dapat dicontohi atau berikan strategi terperinci bagaimana nak jadi pemain yang baik. Kita 'codemn'kan corak permainan yang teruk atau nasihatkan janganlah main bola itu memberi kesan yang positifkah sebab yang dah minat bola akan pilih main bola atau dia memang ada keperluan untuk bermain bola.

Di atas itu saya analogikan kepada poligami. Kita hiruk pikuk mengatakan rata2 yang berpoligami ini gagal berlaku adil, bukankah lebih baik kita berikan ilmu-ilmu agar mereka mampu adil. Tak semua lelaki suka poligami, itu hak masing-masing tapi memperlekeh yang berpoligami tak membantu membangunkan ummah. Keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya, berapa banyak ketidakadilan berlaku dalam rumahtangga monogami, isteri & anak tidak ditarbiyah secara Islam, anak remaja berpoya-poya. Sepatutnya kita fokuskan pada pembinaan baitul-muslim yang mawadah waramah tidak kiralah ianya monogami atau poligami.

Sunday, October 24, 2010

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu memjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacana. Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tesekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada umat, ditambah pula dia membawa pembaca-pembacanya kembali kepada Allah SWT.

Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya', ujub, takabbur.

Itulah kata-kata seorang penulis muda berbakat iaitu Hilal Asyraf. Beliau merupakan seorang mahasiswa Universiti Jordan dalam bidang Usuluddin.


Seorang penyair mengatakan:

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu
tetapi waktu akan mengabadikan apa yang ia tulis itu
maka janganlah menulis dengan tulisan tangan Anda
selain yan membuat Anda bergembira
pada Hari Kiamat ketika melihatnya.

Monday, October 18, 2010

Nescaya akan merasakan kelazatan iman

“Ada tiga perkara yang siapa pun memilikinya nescaya akan merasakan kelazatan iman; barang siapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari lainnya, barang siapa yang mencintai seseorang hanya karena Allah, dan siapa yang benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Seberapa jauh mereka saling mengenal

“Ruh itu laksana pasukan yang dikerahkan, maka seberapa jauh mereka saling mengenal maka sejauh itu pula mereka saling menyatu, dan seberapa jauh mereka tidak saling mengenal maka sejauh itu pula mereka akan berselisih.” (HR. Bukhari, Muslim dan Abu Dawud).

Sunday, October 17, 2010

Sungguh pada hidup kalian semua ada batas akhir

“Wahai sekalian manusia, sungguh… dalam hidup kalian ada rambu-rambu petunjuk jalan, maka ikutilah rambu-rambu itu, dan sungguh pada hidup kalian semua ada batas akhir, maka berhentilah pada batas yang telah ditentukan. Sesungguhnya seorang mukmin itu, senantiasa berada pada dua rasa takut: antara kehidupan yang telah ia lalui, dimana ia tidak tahu apa yang diperbuat Allah terhadap dirinya – Apakah Allah catat dia bersama orang-orang yang soleh atau sebaliknya? – dan waktu hidup yang masih tersisa, dimana ia tidak tahu apa yang ditetapkan Allah terhadapnya – Apakah husnul khotimah ataukah sebaliknya, na’udzubillah? karena itu hendaklah seorang hamba mengoptimalkan potensi dirinya untuk menyelamatkan dirinya sendiri, menggunakan kehidupan dunianya sebaik-baiknya untuk membangun kemegahan akhiratnya, menggunakan masa mudanya sebelum tuanya dan mengoptimalkan detik-detik kehidupan ini sebelum ajal, demi Dzat yang jiwa Muhammad digenggaman-Nya, sesudah kematian tak ada kepayahan, sesudah dunia ini tak ada kehidupan, melainkan Syurga atau Neraka”. Ibnu Abbas

Memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hatimu.

“Sesungguhnya iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu sekalian sebagaimana pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hatimu.” (Al-Hakim di Al-Mustadrak, 1/4; Al-Silsilah Ash-Shahihain no. 1585; Thabrany di Al-Kabir)

Wednesday, September 1, 2010

Mencari Cinta atau Jodoh?

Jika anda mencari cinta, maka anda akan kerap kecewa. Jika anda mencari jodoh maka anda berusaha dan bersungguh. Anda terkeliru menjalin cinta itu pintu kepada menemukan jodoh. Jodoh itu berpintukan pernikahan.

Anda terkeliru mahukan hadirnya seorang lelaki atau seorang yang bernama suami. Jika anda berharapkan suami maka anda persiapkan diri anda agar mampu menjadi seorang isteri.

Dari detik anda diijabqabulkan itulah sebenarnya detik anda mengenal cinta dan belajar menganyamnya sebaik mungkin.Rumahtangga itu dibina bersama dengan cinta dikecapi sebagai pengubat apa jua kepahitan dan ujian.

Selagi anda memilih jalinan cinta dengan yang bernama lelaki selagi itu terkeliru sehingga anda celik mata apakah dia layak bergelar seorang suami. Cinta sebelum nikah hanya mengawangkan anda dalam khayalan. Bila anda berpijak di bumi nan nyata betapa anda sedar sia-sia masanya yang berlalu dalam mencari cinta lelaki, walhal cinta suami pasti hadir bila dia sanggup menerima sebuah ijab & qabul.

Thursday, August 26, 2010

Mereka yang Berbahagia

"Mereka yang berbahagia dan berjaya ialah mereka yang sentiasa waspada dan menerima
cahaya hidayah serta memahami hakikat kehidupan dan mengetahui jalannya, terus bertapak dan melangkah matlamat sebenarnya"

Tuesday, August 24, 2010

Iman & Kebenaran

"Perasaan agung dan mulia memegang iman itu bukanlah bererti keazaman yang mutlak, yang hanya membuak dalam hati sahaja, atau bererti semangat berkobar-kobar tak menentu
tetapi ia sebenarnya bererti rasa agung dan mulia berdasarkan kebenaran hakiki, kebenaran yang sebati dengan tabiat alam. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabut oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti. Kebenaran yang haq yang bersambungan dengan Allah Yang Maha Hidup dan Tidak Mati"

Pemilik Sebenar





Setiap muslim perlu benar2 mengerti risalah yang dibawa Rasulullah ke dunia ini. Ia perlu mengerti benar2 aturan hidup mana yang harus ditegakkan di dunia ini dan aturan hidup mana yang harus dimusnahkan.Muslim juga perlu mengenal dengan baik cara hidup khusus yang telah disediakan Allah bagi orang-orang Muslim.

Dari pengucapan syahadat..Anda mengakui bahawa Allah adalah Tuan anda dan juga Tuan dari segala sesuatu. Ini bererti bahawa hidup anda bukanlah milik anda sendiri tetapi adalah milik Allah.

Apabila pemilik sesuatu adalah Allah, maka anda hanyalah orang yang dipercayai untuk mempergunakan segala sesuatu yang diberikanNya kepadamu, maka anda perlu menggunakannya betul2 sesuai dengan perintah Pemiliknya.

Anda tidak berhak memperlakukan milikNya sekehendak hati anda tapi perlulah secara yang diarahkan olehNya. Bila anda melakukan hal-hal yang bertentangan dengan petunjukNya bererti anda telah merampas hak Allah.

Khalifah Umar Abdul Aziz

"Dunia ini adalah alam impian dan Akhirat itulah alam yang sebenar, sedangkan mati adalah jambatan. Kita semua hidup dalam berbagai-bagai impian. Siapa yang menguasai dirinya mencapai keberuntungan dan siapa yang lalai menderita kerugian. Siapa yang selalu memikirkan akibat-akibat terselamat dan siapa yang mengikut nafsunya sesat. Siapa yang sabar berjaya dan siapa yang berhati-hati terselamat. Siapa yang mengambil contoh tauladan dapat berfikir luas dan siapa yang berfikir luas akan mengerti dan siapa yang mengerti bererti mempunyai ilmu dan siapa yang mempunyai ilmu harus mengamalkannya. Jika anda menyeleweng kembali ke pangkal jalan. Jika anda menyesal, jangan lakukan lagi perbuatan itu, jika anda jahil bertanya dan jika anda marah, kawal!"

Sunday, August 15, 2010

UDMZ - Dalam Kenangan Pada 18/09/2010 (Ehsan Ustaz 'Ali 'Irfan)









UDMZ: “ TARBIYAH tanpa DAKWAH, takkan ke mana-mana, DAKWAH tanpa TARBIYAH, sia-sia .”






















تعزية : الاستاذ دحلان محمد زين


سبتمبر18 ، برليس – سيد الفاضل الأستاذ دحلان @ دهامن محمد زين ، المؤسس و مدير المعهد التربية الاسلامية (MATRI) وافته المنية اليوم. الراحل ، عرف المرحوم باسم الاستاذ دحلان , قد انفصلت روحه الأخيوة في 9:55 صباحا بمنزله في قرية كريسيك حفيف جلبت من مستشفى توانكو فوزية , بعد وقع تحت عناية عالية في وحدة العناية المركزة القلبية (ccu) في حالة غيبوبة لمدة 41 يوما

Sunday, August 8, 2010

Dirinya patuh & bercahaya

Kadang seseorang tidak pernah berbicara satu patah kata atau satu kalimat tentang ilmu
tetapi dirinya patuh dan bercahaya.

Thursday, July 22, 2010

Abdul Qadir Audah

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'."

Wednesday, June 23, 2010

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu

Seorang penyair mengatakan:

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu
tetapi waktu akan mengabadikan apa yang ia tulis itu
maka janganlah menulis dengan tulisan tangan Anda
selain yan membuat Anda bergembira
pada Hari Kiamat ketika melihatnya.

dipetik dari Buku '70 Tahun Al-Ikhwan Al-Muslimun'


Ehsan Ustaz 'Ali 'Irfan











Ehsan Ustaz Zamri Zainal Abidin

Wednesday, June 2, 2010

Syarah Usul 20: Islam Syumul (2)

Thursday, 27 May 2010 16:47 Abu Ridhwan.

Al-Imam as-syahid telah menjelaskan usul ini dan menerangkannya kepada setiap orang yang mempunyai kefahaman dalam banyak risalahnya. Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk: "Islam Ikhwan Muslimin":

"Wahai saudara, izinkan saya menggunakan ungkapan ini. Saya tidak bermaksud bahawa Islam Ikhwan Muslimin adalah Islam yang baru, yang bukan dibawa oleh Saidina Muhammad saw dari Tuhannya. Saya maksudkan bahawa kebanyakan umat Islam di kebanyakan zaman telah mencabut sifat-sifat, ciri-ciri dan batas-batas dari Islam mengikut kemahuan masing-masing.

Mereka mempergunakan keanjalan dan keluasannya secara buruk. Sedangkan keanjalan dan keluasan itu adalah mempunyai hikmat yang tinggi. Mereka bertelingkah hebat dalam memahami makna Islam dan menanamkan gambaran Islam yang bermacam-macam di dalam jiwa anak-anak mereka, samada ianya hampir, jauh atau bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. "

Di antara manusia ada yang memandang bahawa Islam hanya terbatas pada ibadat-ibadat zahir sahaja. Jika dia menunaikannya atau melihat ada orang melaksanakannya, beliau berpuashati dan mengira bahawa dia telah sampai ke puncak Islam. Inilah makna yang difahami secara meluas di kalangan umat Islam.

Ada di antara mereka yang memandang bahawa Islam hanya terbatas kepada berakhlak mulia, rohani yang bersih, memberi santapan falsafah kepada fikiran dan roh serta menjauhkan diri dari daki-daki material.

Ada pula yang Islamnya hanya terhenti kepada perasaan takjub kepada makna-makna

Islam yang hidup dan amali ini. Dia tidak memikirkan perkara lain. Ada golongan yang memandang bahawa Islam adalah sejenis 'aqidah yang diwarisi, amalan-amalan yang tradisi yang tidak diperlukan dan tidak boleh menjadi maju. Mereka menjadi jemu dengan Islam dan setiap perkara yang mempunyai hubungkait dengannya. Saudara boleh mendapati makna ini secara jelas di dalam jiwa orangorang yang berpendididkan barat yang tidak berpeluang untuk memahami hakikat Islam. Mereka tidak mengetahui sedikitpun tentang Islam, atau mengetahuinya dengan gambaran yang tercemar hasil dari pergaulannya dengan orang-orang yang tidak mengamalkan Islam secara baik dari kalangan umat Islam.

Di bawah jenis-jenis ini, terdapat lagi jenis-jenis lain yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang Islam. Hanya segolongan kecil sahaja di kalangan manusia yang memahami gambaran Islam yang sempurna dan jelas yang menyusun semua makna makna ini. Gambaran yang bermacam-macam terhadap Islam di dalam jiwa manusia ini menjadikan mereka berselisih hebat dalam memahami fikrah Ikhwan Muslimin.

Di antara manusia ada yang menggambarkan bahawa Ikhwan Muslimin adalah "tarikat sufi" yang mengambil berat dalam mengajar manusia tentang zikir-zikir, jenis-jenis ibadat dan perkara-perkara lain yang menjadikan seseorang itu ikhlas dan zuhud.

Ada pula yang menyangka bahawa Ikhwan adalah satu jamaah yang suka berbahas tentang masalah-masalah fiqh. Mereka hanya mementingkan untuk berpegang dengan beberapa hukum-hakam, berdebat padanya, mempertahankanya dan mengajak manusia agar berpegang kepada hukum-hukum tersebut. Mereka berbahas atau berdamai dengan orang yang tidak menerimanya.

Sedikit sahaja di kalangan manusia yang bercampur dan bergaul dengan Ikhwan Muslimin, yang tidak hanya mendengar semata-mata dan tidak mencabut dari Ikwan Muslimin Islam yang difahami oleh mereka. Lalu golongan ini mengetahui hakikat Ikhwan dan memahami dakwah mereka secara ilmu dan amali.

Kerana itu , saya suka bercakap kepada tuan-tuan yang mulia secara ringkas tentang makna Islam dan gambarannya pada jiwa Ikhwan Muslimin sehingga ia menjadi asas dakwah kita, kita berbanggga kerana bersamanya dan mengambil bekalan daripadanya secara jelas dan nyata.

Kami meyakini bahawa hukum-hukum Islam dan pengajarannya adalah syumul dan menyusun hal ehwal kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Orang-orang yang menyangka bahawa pengajaran ini hanya meliputi aspek ibadat dan rohani semata-mata adalah salah dalam sangkaan tersebut. Ini kerana Islam adalah 'aqidah dan ibadat, watan dan warganegara, agama dan negara, rohani dan amal serta Al-Quran dan pedang.

Al-Quran Al-Karim menyebut tentang kesemua perkara tersebut dan menganggapnya sebagai "otak dan hati Islam" serta mewasiatkan agar melaksanakan kesemua perkara tadi dengan sebaik-baiknya. Inilah yang diisyaratkan oleh firman Allah swt:

Maksudnya:
"Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu". (Al-Qasas: 77)

Saudara juga membaca dalam Al-Quran dan juga di dalam sembahyang firman Allah swt tentan 'aqidah dan ibadat, maksudnya:
"Dan mereka tidak diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus . Jauh dari syirik dan kesesatan dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus". (Al-Bayyinah:5)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang kerajaan, kehakiman dan politik, maksudnya:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka meneriama dengan sepenuhnya". (An-Nisaa': 65)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang hutang di dalam perniagaan, maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berhutang dalam tempoh yang tertentu, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu membacakan apa yang ditulisnya itu, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu membacakannya, maka hendaklah walinya membacakannya secara jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil, dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik sedikit mahupun banyak sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah hutang itu), kecuali jika ia merupakan perniagaan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli, dan janganlah penulis dan saksi saling sulitmenyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian itu), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertaqwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (Al-Baqarah: 282)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang jihad dan peperangan, maksudnya:
"Dan apabila kamu berada di tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hedak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat) Apabila selesai satu rakaat, maka diselesaikan sendiri satu rakaat lagi, dan Nabi duduk menunggu golongan yang kedua maka mereka hendaklah pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum sembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu. Dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit dan bersiap sedialah kamu". (An-Nisaa': 102)


Banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang perkara-perkara di atas. Begitu juga dalam adab-adab umum dan hal ehwal masyarakat.
Begitulah Ikhwan berhubung dengan Kitab Allah, meminta ilham dan petunjuk darinya. Mereka meyakini kesyumulan Islam ini dan Islam mesti menguasai dan mewarnai setiap aspek kehidupan. Kehidupan mesti terikat dengan hukum-hukum Islam, berjalan dalam landasan prinsip dan pengajarannya dan merujuk kepadanya jika umat mahu menjadi umat Islam yang sebenar.

Tetapi jika hanya Islam di sudut ibadat semata-mata dan meniru orang bukan Islam dalam sudut-sudut lain, maka ia bukanlah umat Islam yang sebenar. Mereka samalah dengan umat yang disebut di dalam firman Allah swt. , maksudnya:

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih, dan Allah tidak lali terhadap apa yang mereka kerjakan". (Al-Baqarah: 85)



Dalam menerangkan tentang kesyumulan Islam untuk kesemua manusia dan pada semua masa, Al-Imam as-syahid berkata:

"Ikhwan Muslimin meyakini bahawa Islam adalah agama umum yang menyusun setiap aspek kehidupan sesuai untuk semua bangsa dan umat, pada setiap masa dan zaman.

Islam datang dengan membawa ajaran yang lebih sempurna dan tinggi dari menerangkan juziyyah kehidupan, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bersifat keduniaan semata-mata. Islam hanya meletakkan kaedah umum (kulli) dalam aspek keduniaan ini dan menunjukkan kepada manusia kepada jalan amali untuk memperaktik dan berjalan di dalam sempadannya. Untuk menjamin kebenaran dalam praktik ini, Islam memberi perhatian penuh terhadap mengubat hati manusia. Ini adalah kerana hati merupakan sumber sistem, alat berfikir dan menggambarkan sesuatu. Islam menunjukkan kepada hati, ubat yang mujarrab yang membersihkannya dari belenggu hawa nafsu, menyucikannya dari daki-daki mencari keuntungan dan matlamat dunia, memimpinnya ke jalan yang sempurna dan mulia serta menegahnya dari kezaliman, kecuaian dan permusuhan. Apabila jiwa sudah betul dan bersih, maka setiap perkara yang lahir daripadanya adalah baik dan cantik. Sudah menjadi buah mulut orang bahawa keadilan bukannya pada nas undang-undang, tetapi pada diri hakim. Kadang-kadang ada undang-undang yang sempurna dan adil diberikan kepada hakim yang mengikut hawa nafsu dan mencari kepentingan. Lalu beliau melaksanakannya secara zalim dan tidak adil. Kadang-kadang ada undang-undang yang zalim dan mempunyai kekurangan diberikan kepada hakim yang mulia dan adil yang tidak menurut hawa nafsu dan tidak mencari keuntungan. Lalu beliau melaksanakannya secara adil, penuh kebaikan dan rahmat. Dari sini, jiwa manusia sangat diambil berat di dalam Kitab Allah. Jiwa-jiwa generasi pertama yang diwarnai oleh Islam menjadi contoh insan yang kamil. Kerana itu, tabiat Islam sesuai dengan setiap zaman dan umat dan mempunyai ruang yang luas untuk mencapai kejayaan dan keperluan manusia. Kerana itu juga Islam tidak menolak sama sekali untuk mengambil faedah dari setiap peraturan yang baik yang tidak bercanggah dengan kaedahnya yang menyeluruh dan dasarnya yang umum".


Rujukan: Syarah Usul 20: Hasan Al Banna.

Syarah Usul 20: Islam Syumul (1)




Thursday, 27 May 2010 16:16 Abu Ridhwan.

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.


Keterangan

Usul ini menegaskan tentang hakikat Islam yang penting iaitu: "Kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan". Hakikat ini amat jelas kepada orang yang mempunyai penglihatan dan dalil-dalilnya amat banyak dari Kitab dan Sunnah.

Walaupun begitu, hakikat ini dipandang ganjil oleh kebanyakan umat Islam ketika Imam Hasan Al-Banna memulakan dakwahnya. Ia dipandang ganjil oleh setengah persatuan-persatuan Islam. Mereka tidak menaskan bahawa dasar-dasar, matlamat dan ciri-cirinya di atas kesyumulan itu dan tidak mengambil wasilah-wasilah yang menggambarkan bahawa mereka mahu merealisasikannya di alam nyata. Ia dipandang ganjil oleh parti-parti politik kerana mereka memisahkan agama dari politik dan menganggap bahawa kedua-duanya adalah berlawanan dan tidak boleh bertemu.

Ia dipandang ganjil oleh setengah-setengah ulamak walaupun dalil-dalil kesyumulan itu ada di tangan mereka dan terbentang luas di depan mata mereka. Tetapi nas-nas itu tidak mendapati hati-hati yang memahaminya atau bumi yang subur untuk ia tumbuh dan berbuah.

Di tengah kemelut keganjilan ini, Al-Imam as-syahid menjelaskan tentang hakikat ini agar perhatian umat tertumpu kepada perkara tersebut. Beliau menggesa mereka agar menukarkannya kepada realiti yang amali. Beliau telah mencurahkan tenaga yang banyak untuk menanam hakikat ini dalam dalam jiwa-jiwa umat dan memujuk mereka agar menerimanya.

Sesiapa yang memerhatikan keadaan umat yang kehilangan punca pada waktu yang bersejarah tersebut akan mengetahui nilai usul ini dan bahaya kehilangannya. Di antara perkara yang menyerlahkan tentang nilai usul ini dalam tempoh yang penuh kemelut itu ialah fahaman buruk sekularisma telah meresap masuk ke dalam fikiran dan hati golongan intelektual yang terdiri dari setengah-setengah mahasiswa universiti, penulis dan penyair. Fahaman sekularisma mula bersarang dalam golongan ini, lalu mereka mengengkari kesyumulan Islam dan membataskan Islam dalam ruang lingkup syiar-syiar ibadat semata-mata, tidak lebih dari itu. Bagi mereka Islam tidak ada hubungan dengan politik, ekonomi, sosial dan semua aspek kehidupan. Umat terus tertidur dengan alunan itu, sehinggalah datang Al-Imam as-syahid mengejutkan mereka dan menyeru mereka agar bangkit dan bergerak untuk mengamalkan Islam bermula dari bersiwak hinggalah kepada berjihad. Beliau mengajak mereka meletakkan Islam di tempatnya yang sebenar tanpa mengubah atau menukarganti, tanpa mengurang atau menambah.

Dalil-dalil kesyumulan

Di sana ada terdapat dalil-dalil umum tentang kesyumulan Islam dalam semua perkara dan dalil-dalil lain secara detail. Di antara dalil-dalil umum ialah firman Allah swt. yang bermaksud:

"Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu". (An-Nahl: 89)

Rasulullah saw bersabda kepada Qabilah Bani Syaiban bin Tha'labah ketika memperkenalkan diri baginda dalam berdakwah kepada qabilah-qabilah di Mekah, maksudnya:

"Kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran. Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut". (Seerah Nabawiyyah: Ibnu Kathiir: 2/163-169)

Apabila kita melihat kepada Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah, kita dapati banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang 'aqidah, ibadat, akhlak, berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah swt dan kehakiman, jihad dan perjanjian, hal ehwal harta benda dan perniagaan serta berbagai-bagai bidang kehidupan. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Diwajibkan ke atas kamu qisaas (bunuh balas) dalam (kes) orang yang mati dibunuh".
(Al-Baqarah: 178)

Maksudnya:
"Diwajibkan ke atas kamu berpuasa". (Al-Baqarah: 183)

Maksudnya:
"Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak , berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabat secara baik".
(Al-Baqarah: 180)

Maksudnya:
"Diwajibkan ke atas kamu berperang". (Al-Baqarah: 216)

Maksudnya:
"Apabila kamu bermu'amalah (Seperti berjual beli, berhutang piutang atau sewa menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya".
(Al-Baqarah: 282)

Maksudnya:
"Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba". (Al-Baqarah: 275)

Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu memutuskan hukuman di antara mereka dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu".
(Al-Maidah: 49)

Allah telah mengengkari terhadap mereka yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dengan firmanNya:
Maksudnya:
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan duniadan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih".
(Al-Baqarah: 85)

Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?
Setiap orang yang melihat kepada petunjuk Rasulullah saw dan seerah salafussaleh, beliau akan dapati bahawa mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan mempraktikkannya. Mereka mengambil wasilah-wasilah yang terdaya untuk mengubah kefahaman ini kepada realiti yang amali, yang mempunyai keperibadian, bukannnya terbatas kepada serban di atas kepala dan iman yang tersembunyi di dalam hati.

Sesiapa yang mengakui kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan, kemudian beliau membataskan kegiatannya dalam beberapa aspek sahaja, beliau mempunyai beberapa keadaan:

* Jika kemampuannya tidak cukup untuk melaksanakan aspek-aspek yang lain, maka beliau hendaklah membantu orang-orang lain yang beramal ('aamilin) dengan kesyumulan dengan sedaya upaya yang mungkin.

* Adapun jika beliau menghalang mereka dan menganggap bahawa aspek yang dilaksanakannya sudah memadai, serta tidak menghulurkan bantuan maka tidak syak lagi beliau adalah tercela.

* Jika kemampuannya mengizinkan beliau untuk memberi saham amali, dan beliau hanya berpada dengan satu aspek sahaja kerana mementingkan keselamatan dan kesenangan dan tidak mahu berpenat tenaga, maka beliau tidak selamat dan tidak mendapat kesenangan.

* Sesungguhnya berdakwah kepada kefahaman yang syamil dan beramal dengannya dan mengakuinya adalah asas dan yang lainnya adalah kecuaian.

* Jika tidak, tolong beritahu kepadaku wahai saudara, adakah kita telah menunaikan hak dengan sebenar-benarnya jika kita hanya berpada dengan mengetahui dan mengakuinya tanpa beramal dan berdakwah dengannya?

Rujukan: Syarah Usul 20: Hasan Al Banna.

Tuesday, March 30, 2010

TP ( TimahPuteh )



TP Family Day 2009 ( Kahang - Rumah Pak Ndak ) 02/05/2009



TP Family Day 2007 ( Sg Rambai - Rumah Mak Uda )



TP Family Day 2005 ( Muar - Rumah PakLang Luey & Mak Uteh ) 03/12/2005

Ex High School Muar - 1980 & 1981 ( 30 yrs ago )









Ehsan - Adib Abd Rahman

Re-union Ex High School of Muar on 15/02/2010



























Ehsan - Adib Abd. Rahman



Ehsan - Firdaus Jamali

Ali Bin Abi Talib (2)

Sesungguhnya dari kenikmatan di dunia, cukuplah Islam untukmu sebagai suatu kenikmatan; dan sesungguhnya dari kesibukan hidup di dunia, cukuplah ketaatan sebagai
suatu kesibukan bagimu; dan sesungguhnya dari ibrah (mengambil pelajaran) hidup di dunia; cukuplah kematian sebagai pelajaran bagimu

Ali Bin Abi Talib (1)

Barangsiapa ingin dirindui oleh syurga, maka bersegeralah menuju kepada kebaikan-kebaikan; barangsiapa ingin dijauhkan dari neraka, maka hindarilah syahwat-syahwat; barangsiapa ingin yang ingin dirindui oleh neraka, maka bersegeralah melampiaskan keinginan syahwat; barangsiapa yakin dengan kematian, maka hancurlah kelazatan-kelazatan; barangsiapa yang mengenal dunia, ringanlah baginya musibah-musibah.

Thursday, March 25, 2010

Baiti Jannati

Tak salah jika kita dah ada 'list' ciri-ciri calon pilihan pasangan hidup kita. Cuma jika anda telah berkenan tehadap si dia, tetapi dia hanya tidak 'match' dari segi umur, ketinggian, paras rupa, negeri asal, jenis pekerjaan dan yang sewaktu dengannya, usahlah anda gusarkannya jika secara keseluruhannya memang anda berpuashati dia adalah soleh/solehah.

Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”

Masalah-masalah berbangkit setelah diijabkabulkan punca utamanya adalah berkisar sejauh mana pasangan hidup menghayati addeen/Islam. Semua masalah hidup akan dipandang enteng jika neraca hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Hidup kita berkisar antara bersabar & bersyukur, diberi musibah bersabar, diberi nikmat bersyukur, kedua-duanya ada ganjaran pahala. Jika kita mengejar hidup yang barokah, hidup tetap dilalui mudah walau banyak menempuh kepayahan lantaran kekurangan harta berlimpah.

Hidup berumahtangga memang sengsara bila neraca hidup kita bersandarkan nilai-nilai duniawi mahukan material yang gah-gah, berlumba-lumba nak pamerkan yang kita mampu mengadakan majlis resipsi yang 'grand', punya kereta mewah, punya mahligai bak istana. Kita memang mampu mengejar itu semua tetapi mampukah kita meraih ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Tenang dan bahagia berpaksikan sejauhmana kedalaman iman yang kita miliki dan penghayatan terhadap addeen.

Lebih beruntung jika kita memiliki pasangan hidup yang saling nasihat menasihati agar menetapi kesabaran, sering menyeru amar makruf nahi mungkar, mendidik generasi pewaris berdakwah di Jalan Allah, rela berkorban apa sahaja sehingga kalimahNya menjadi tinggi dan akhirnya kita beroleh Daulah Islamiah.

« Jawab #116 pada: Hari ini ~ 07:52:29 AM »

Monday, January 18, 2010

Mudahnya menyebut cinta....

Hakikat cinta, kita wajar mencintai sesiapa jua yang mencintai jalanNya
yang lurus contohnya para nabi, ulama, mujahidin & syuhada.

Di Darul Akhirah nanti kita akan bersama-sama dengan insan-insan
yang kita cintai semasa hidup di dunia.

Masa di dunia, mencintai Allah itu dengan mencintai sesiapa jua yang
mematuhi dan menghayati deenNya.

Tidak dinamakan mencintaiNya jika masih melanggar batas-batas
yang dilarangNya.

Mengucapkan cinta padaNya memang semudah menggerakkan lidah
tapi mampukah kita mencintaiNya dengan bukti-bukti kepatuhan &
ketaatan hatta dengan rasa hati pun kita tidak berlaku mungkar
terhadapNya.

Insan menyebut dia cintakan Allah itu tidak pelik kerana sewajarnya
yang dicipta mencintai si Pencipta. Anugerah dan rahmat terbesar
adalah bila yang dicipta dicintai si Pencipta.

Sa'id alNursi *3*

As people are content with the world, so you should be content with Allah. As they are delighted by the world, so you should be delighted with Allah. As they are intimate with their loved ones, so you should seek intimacy with Allah.

Badiuzzaman Said Nursi


Sa'id alNursi *3*

Dunia ini adalah kitab Allah Yang Maha Abadi. Segala sesuatu di atasnya tidak memberi apa-apa, tetapi ia menggambarkan dan membuktikan kekuasaan dan sifat Penciptanya. Oleh itu tinggalkanlah segala gambaran-gambaran itu dan perhatikanlah apa yang menjadi pengajaran darinya.

Dunia ini adalah perladangan. Oleh itu bercucuk tanamlah dan tuailah hasilnya. Jangan dibiarkan ia dipenuhi semak dan duri dan kekotoran.

Said Nursi *2*



"Iman memang mengandungi sebiji benih maknawi yang terbelah daripada pohon 'Tuba' yang kedapatan di syurga. Manakala kekufuran pula menyembunyikan bijian maknawi tersebut yang telah diludah oleh pohon 'Zaqqum' neraka jahannam. Oleh itu, keselamatan dan keamanan hanya terdapat di dalam Islam dan Iman"

"Larilah dari perkara yang menjejaskan keikhlasanmu sebagaimana engkau lari dari ular dan kala"

"Janganlah engkau menyangka bahawa jiwa engkau terlepas bebas daripada sebarang ikatan, kerana jika engkau melihat kepada dunia sementara ini dengan pandangan yang penuh bijaksana, maka engkau akan dapati bahawa tiada suatu benda pun di dalamnya yang tidak mempunyai peraturan atau matlamat"



"Iman memang mengandungi sebiji benih maknawi yang terbelah daripada pohon 'Tuba' yang kedapatan di syurga. Manakala kekufuran pula menyembunyikan bijian maknawi tersebut yang telah diludah oleh pohon 'Zaqqum' neraka jahannam. Oleh itu, keselamatan dan keamanan hanya terdapat di dalam Islam dan Iman"

"Larilah dari perkara yang menjejaskan keikhlasanmu sebagaimana engkau lari dari ular dan kala"

"Janganlah engkau menyangka bahawa jiwa engkau terlepas bebas daripada sebarang ikatan, kerana jika engkau melihat kepada dunia sementara ini dengan pandangan yang penuh bijaksana, maka engkau akan dapati bahawa tiada suatu benda pun di dalamnya yang tidak mempunyai peraturan atau matlamat"

Said Nursi *1*

Said Nursi *1*

"Sekiranya kau mendapat Allah, kau akan dapat segala-galanya"

"Sesungguhnya di dalam setiap ketaatan ada benih2 syurga...
dan di dalam setiap maksiat dan dosa ada benih2 neraka..."

"Jika demikian, maka aku lebih layak mengasihinya daripada engkau...aku kasih padanya kerana dia adalah seorang khadam untuk al Quran dan iman, maka jika terlihat aku seribu salahnya, tidak akan kurang pun kasih aku padanya, sedangkan engkau, jika terlihat satu sahaja salahnya, nescaya engkau akan meninggalkannya"
(Ketika menjawab kekaguman anak muridnya terhadap Syiekh Diauddin Ahmad Kumasykhonawi disebabkan kehebatan & maqam)

"Maafkanlah semua orang, tetapi janganlah kau maafkan dirimu"

"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu ialah mereka yang menyerupai (tasyabbaha) orang-orang tua dan seburuk-buruk orang tua ialah mereka yang menyerupai orang muda"

Kekuatan & Kelemahan

Kekuatan itu adalah sebaik-baiknya apabila berada di dalam kebenaran. Sementara kelemahan itu adalah seburuk-buruknya jika seseorang itu berada dalam kebatilan.

Muhammad Syadid ( Manhaj Tarbiyah Berbasis al-Quran)

Di hadapan kelemahan yg manusiawi,
manhaj al-Quran adalah manhaj kasih sayang,
manhaj pemaaf, dan manhaj tarbiyah.

Nasihat Ibnu Taimiyah kepada muridnya, Ibnul Qayyim

Akhi da'iyah,

Jangan jadikan hatimu mudah dihanyutkan syubhat,
seperti bunga karang di tepi laut yang kian ternoda apakala diterpa gelombang air.
Jadilah bak cermin yang tetap kukuh.
Berbagai isu dan tuduhan hanya lalut di hadapannya,
dan tidak menetap padanya.
Cermin menolak semua itu dengan kekukuhannya.
Bila tidak demikian,
bila hatimu menghirup semua syubhat yang melaluinya,
nescaya ia akan menjadi sarang segala tuduhan dan isu yang tak jelas.

Ketahuilah, di antara kaedah syariat dan hikmah menyebutkan,
bahawa siapa yang banyak dan besar kebaikannya,
dan telah menanam pengaruh nyata di dalam Islam,
mungkin saja melakukan kekeliruan yang boleh jadi tidak dilakukan orang selainnya.
Orang seperti itu dapat dimaafkan.
Maaf yang tidak diberikan pada selainnya.
Sesungguhnya kemaksiatan itu adalah kotoran,
dan air bila mencapai dua kolah,
tidak membawa kekotoran.

(Nasihat Ibnu Taimiyah kepada muridnya, Ibnul Qayyim)

Diri & Keperibadian

Jika diibaratkan diri sebiji gelas, diri itu menjadi apa2 yg dituangkan
ke dalam gelas tersebut.

Maka sebab itu Islam amat menitikberatkan 'biah' (suasana &
persekitaran) dalam mendidik atau mengubah diri.

Contohnya seorang pencuri memang sukar meninggalkan kerja
curinya selagi dia terus bergaul dengan geng-geng pencurinya.

Sebarang kebaikan dalam peribadi yang telah menjadi 'malakah'
( telah mendarah daging ) itulah yang akan berkekalan sebab
itu timbul kata berpura-pura/'hipokrit' kerana si hipokrit tidak
mampu menonjolkan keperibadian yang cemerlang pada sepanjang
masa. Si hipokrit hanya mampu berlakon di depan orang tertentu
dan pada masa tertentu.

Masa dan persekitaran membentuk keperibadian, ilmu menjadi
acuan mengajar cara berfikir insan dalam memilih dan bertindak,
hidayah menjadi penyuluh jalan tuju sebenarnya ke mana dan
amal soleh mengukuhkan hubungannya dengan sesama insan
dan keredhaan Allah menjadi matlamat terakhir setelah kehidupan
dunia yang dilalui berakhir.

Berkata Sayyid Qutb:

YANG MENDAPAT HIDAYAH HANYALAH MEREKA YANG (HATINYA) MAU MENDENGAR

Sesungguhnya manusia menghadapi al-haqq telah terpecah menjadi 2 golongan: PERTAMA, mereka yang hidup hatinya, maka ia bersegera menyongsong fitrahnya, lalu terbukalah hatinya & bergeraklah ia bersamanya.. Dan KEDUA, mereka yang mati hatinya, maka ia lawan fitrahnya, lalu ia berusaha tidak mau mendengar & menerimanya, maka ia tidak terpengaruh pada kebenaran & tidak ikut bersamanya.. Maka jadilah ia bagaikan menjadi mati dalam hidup, sampai kelak ia dikembalikan kepada Pemiliknya, untuk mempertanggungjawab kan perbuatannya di akhirat kelak.

Badiuzzaman Said Nursi

Said dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis, yang terletak di timur Anatolia pada tahun 1876M, iaitu tahun Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta pemerintahan Othmaniyyah. Beliau yang kemudiannya diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) berketurunan Kurdi dan tidak bertutur di dalam Bahasa Turki, hinggalah beliau berhijrah ke bandar Van.

Semasa di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.

Beliau seterusnya mengusahakan agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman.

Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909 yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di antara mereka itu ialah Badiuzzaman Said al-Nursi. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.

Badiuzzaman Said al-Nursi juga pernah pergi ke Syam (Damascus) dan menyampaikan khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syâmiyyah, menjelaskan tentang sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.

Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai tentera Russia terbunuh di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan tetapi, semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada tawanan perang.

Badiuzzaman telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.

Di Istanbul, Enver Paşa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah mengurniakan Badiuzzaman Said al-Nursi pelbagai anugerah kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan Russia. Enver Paşa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di Istanbul ketika itu.
Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Badiuzzaman menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya Badiuzzaman ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.

Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!”
Selepas itu, Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan, hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk.

Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah Afyon.

Pada tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya, dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu.

Penulisan Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul”

Pada tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau selamat dikebumikan di Urfa.

Akan tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.
Badiuzzaman Said al-Nursi telah mewariskan hasil pemikirannya di dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah:

1.Rasâil al-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah, terbahagi kepada:
a.Sözler (al-Kalimât) yang terdiri daripada 33 Risalah.
b.Mektubât, terdiri daripada 50 Risalah.
c.Lem’ât, terdiri daripada 15 Risalah.
d.Juzuk tambahan kepada Rasâil al-Nur iaitu Lâhika Kastamonu, Lâhika Emirdağ dan Lâhika Barla.

2.Tulisan-tulisan lain seperti İşaratü'l-İ'caz, Mesnevi-i Nuriye dan sebagainya

Dakwah yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.

Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan.

Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said al-Nursi yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan.

Sumber:

Kertas kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Hasrizal Abdul Jamil pada 4 Februari 2006. Artikel asal bertajuk Dakwah Badiuzzaman Said al-Nursi.

Umar bin Abdul Aziz

Umar bin Abdul-Aziz (bergelar Umar II, lahir di Halwan, Mesir 63 H / 682, wafat Februari 720)[1] (Arab: عمر بن عبد العزيز) adalah khalifah Bani Umayyah yang berkuasa dari tahun 717 sampai 720. Tidak seperti khalifah Bani Umayyah sebelumnya, ia bukan merupakan keturunan dari khalifah sebelumnya, tetapi ditunjuk langsung, dimana ia merupakan sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman. Muhammad bin Ali bin Husain mengatakan tentang dirinya, “Kalian tahu bahwa setiap kaum memiliki orang yang yang menonjol? Yang menonjol dari Bani Umaiyah adalah Umar bin Abdul Aziz. Saat dibangkitkan di hari kiamat kelak, merupakan satu kelompok tersendiri.”



Biografi


Keluarga

Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gubernur Mesir dan adik dari Khalifah Abdul-Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab, dimana Muslim Sunni menghormatinya sebagai salah seorang Sahabat Nabi yang paling dekat.


Silsilah

Umar dilahirkan sekitar tahun 682. Beberapa tradisi menyatakan ia dilahirkan di Madinah, sedangkan lainnya mengklaim ia lahir di Mesir. Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.


Kisah Umar bin Khattab berkaitan dengan kelahiran Umar II

Menurut tradisi Muslim Sunni, silsilah keturunan Umar dengan Umar bin Khattab terkait dengan sebuah peristiwa terkenal yang terjadi pada masa kekuasaan Umar bin Khattab.

"Khalifah Umar sangat terkenal dengan kegiatannya beronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”
Anaknya menjawab “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini”
Si ibu masih mendesak “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu”.
Balas si anak “Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu”.

Umar yang mendengar kemudian menangis. Betapa mulianya hati anak gadis itu.

Ketika pulang ke rumah, Umar bin Khattab menyuruh anak lelakinya, Asim menikahi gadis itu.

Kata Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.

Asim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.


Kehidupan awal

682 – 715

Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak. Ia tinggal di sana sampai kematiannya ayahnya, dimana kemudian ia dipanggil ke Damaskus oleh Abdul-Malik dan menikah dengan anak perempuannya Fatimah. Ayah mertuanya kemudian segera meninggal dan ia diangkat pada tahun 706 sebagai gubernur Madinah oleh khalifah Al-Walid I


715 – 715: era Al-Walid I

Tidak seperti sebagaian besar penguasa pada saat itu, Umar membentuk sebuah dewan yang kemudian bersama-sama dengannya menjalankan pemerintahan provinsi. Masa di Madinah itu menjadi masa yang jauh berbeda dengan pemerintahan sebelumnya, dimana keluhan-keluhan resmi ke Damaskus berkurang dan dapat diselesaikan di Madinah, sebagai tambahan banyak orang yang berimigrasi ke Madinah dari Iraq, mencari perlindungan dari gubernur mereka yang kejam, Al-Hajjaj bin Yusuf. Hal tersebut menyebabkan kemarahan Al-Hajjaj, dan ia menekan al-Walid I untuk memberhentikan Umar. al-Walid I tunduk kepada tekanan Al-Hajjaj dan memberhentikan Umar dari jabatannya. Tetapi sejak itu, Umar sudah memiliki reputasi yang tinggi di Kekhalifahan Islam pada masa itu.

Pada era Al-Walid I ini juga tercatat tentang keputusan khalifah yang kontroversial untuk memperluas area disekitar masjid Nabawi sehingga rumah Rasulullah ikut direnovasi. Umar membacakan keputusan ini didepan penduduk Madinah termasuk ulama mereka, Said Al Musayyib sehingga banyak dari mereka yang mencucurkan air mata. Berkata Said Al-Musayyib : "Sungguh aku berharap agar rumah Rasulullah tetap dibiarkan seperti apa adanya sehingga generasi Islam yang akan datang dapat mengetahui bagaimana sesungguhnya tata cara hidup beliau yang sederhana" [2]


715 – 717: era Sulaiman

Umar tetap tinggal di Madinah selama masa sisa pemerintahan al-Walid I dan kemudian dilanjutkan oleh saudara al-Walid, Sulaiman. Sulaiman, yang juga merupakan sepupu Umar selalu mengagumi Umar, dan menolak untuk menunjuk saudara kandung dan anaknya sendiri pada saat pemilihan khalifah dan menunjuk Umar.

Kedekatan Umar dengan Sulaiman

Sulaiman bin Abdul-Malik merupakan sepupu langsung dengan Umar. Mereka berdua sangat erat dan selalu bersama. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul-Malik, dunia dinaungi pemerintahan Islam. Kekuasaan Bani Umayyah sangat kukuh dan stabil.

Suatu hari, Sulaiman mengajak Umar ke markas pasukan Bani Umayyah.

Sulaiman bertanya kepada Umar "Apakah yang kau lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?" dengan niat agar dapat membakar semangat Umar ketika melihat kekuatan pasukan yang telah dilatih.
Namun jawab Umar, "Aku sedang lihat dunia itu sedang makan antara satu dengan yang lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggung jawab dan akan ditanyakan oleh Allah mengenainya".
Khalifah Sulaiman berkata lagi "Engkau tidak kagumkah dengan kehebatan pemerintahan kita ini?"
Balas Umar lagi, "Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan adalah orang yang mengenali Allah kemudian mendurhakai-Nya, mengenali setan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepada dunia".

Jika Khalifah Sulaiman adalah pemimpin biasa, sudah barang tentu akan marah dengan kata-kata Umar bin Abdul-Aziz, namun beliau menerima dengan hati terbuka bahkan kagum dengan kata-kata itu.


Menjadi khalifah

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Beliau di bai'at sebagai khalifah pada hari Jum'at setelah shalat Jum'at. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.


Sebelum menjabat

Menjelang wafatnya Sulaiman, penasihat kerajaan bernama Raja’ bin Haiwah menasihati beliau, "Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat dari Allah di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?". Jawab Khalifah Sulaiman, "Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz".

Surat wasiat diarahkan supaya ditulis nama Umar bin Abdul-Aziz sebagai penerus kekhalifahan, tetapi dirahasiakan darai kalangan menteri dan keluarga. Sebelum wafatnya Sulaiman, beliau memerintahkan agar para menteri dan para gubernur berbai’ah dengan nama bakal khalifah yang tercantum dalam surat wasiat tersebut.


Naiknya Umar sebagai Amirul Mukminin

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini".
Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".
Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.
Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Beliau berniat untuk tidur.
Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul-Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, "Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?".

Umar menjawab, "Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini".
"Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?", Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, "Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk shalat bersama rakyat".

Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru “Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi” Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata “Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”


Pemerintahan Umar bin Abdul-Aziz

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadak" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.


Surat dari Raja Sriwijaya

Tercatat Raja Sriwijaya pernah 2 kali mengirimkan surat kepada kholifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Mu'awiyyah, dan yang ke-2 kepada 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh 'Abd Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi[3]:

Dari Rajadiraja...; yang adalah keturunan seribu raja ... kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.


Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz

Umar Ibn Abdul Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"

"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"

Pada waktu lain, Umar Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.