Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Thursday, November 26, 2009

Mencari Bahagia dari Pernikahan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada ALLAH melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan ALLAH


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru
semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak..


15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabara

Dari buku La Tahzan - alQarni

" Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari sahaja lagi - hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seolah2 anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dgn begitu, hidup anda tidak akan koyak rabak di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka duka serta pedih parut masa lalu dan dengan bayangan hantu masa depan yg penuh keraguan dan sering menakutkan..."

" Wahai masa lalu yg sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi kepergianmu, dan aku tidak akan melihatku termenung sebentar pun utk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jgn kembali lagi...

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dgn khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yg belum ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalh sesuatu yg belum dicipta dan tidak ada satu pun darinya yg dpt disebutkan.
Hari ini kepunyaan saya , merupakan ungkapan yg paling indah dalam kamus kebahagian, kamus bagi mereka yg ingin menikmati hidup yg paling indah dan menyeronokkan.

Jadilah diri anda seperti semut dalam hal ketekunannya, Dia berusaha merambat naik ke batang pohon hingga ratusan kali, dan jatuh sebanyak jumlah yang sama. Tetapi dia terus berusaha naik kembali hingga akhirnya sampai pada tujuan yang diinginkan. Kerana itu, jangan cepat menyerah kalah dan jangan pula bosan.

Monday, November 2, 2009

Dr Muhammad al Bahi dalam kitabnya 'Al-Islam Fi Hayatul Muslim'

Menjelasan:
Bahawa kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir tubuhbadannya, tetai kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan ruhnya dan kekuatan Imannya yang - Insya Allah - mampu menghadapi dan mengatasi berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.

Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan dan kelazatan diri sendiri, bahkan orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan Taqwa itu sedia mewakafkan hidupnya untuk Khidmat Islam, mengajak masyarakat kembali kepada DeenulLah dengan penuh keImanan dan kesabaran.

Imam al-Sathibi Rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnya 'Al-Mumabikhat'

Menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam di dalam melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan yang satu lagi golongan Muslimin yang tertentu dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan yang lebih dan disertai dengan kefahaman.

Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua melaksanakan segala tanggunggjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang berharap-harap tidak akan menghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.