Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Wednesday, July 22, 2009

Nak Jadi Bintang Apa?

Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan dalam filem tetapi di hadapan Tuhan.

Al Quran menjelaskan umat Islam laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat terbaik dalam erti kata lain, semua MUSLIM dan MUSLIMAH adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Allah. Namun tidak semua bintang medapat perhatian Allah. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahma dan keredhaanNya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK..

Di zaman tabiin, Uwais Al-Qarni seorang fakir yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Rasulullah saw mengiktirafnya sebagai penduduk langit. Doanya sentiasa dimakbulkan. Dia redha dengan penyakitnya, redha dengan kemiskinannya, redha menjaga ibu yang buta, lumpuh dan buta, redha mendakap ibunya dalam perjalanan pergi dan balik dari Yaman menuju Mekah dan Madinah. Saat kematiannya, penduduk langit turun ke bumi untuk mengurus jenazahnya. Apakah keistimewaannya hingga disanjung sebegitu mulia sekali? Inilah di antara contoh bintang sebenarnya.

No comments: