Saya ingin menyampaikan kata-kata saya secara khusus kepada kaum wanita. Ia mempunyai hubungan dengan jamaah atau mereka yang mengambil berat akan kejayaan risalah yang didokong oleh generasi Islamiah.
Perkara yang paling utama ialah; mereka wajib menghabiskan semaksima mungkin terhadap tanggung mereka dan memberikan perhatian yang cukup serius darihal agama mereka. Dalam hal ini, adalah tidak memadai bagi kaum wanita sekadar memahami dan mengamati alQuran. Malah mereka berkewajipan mempelajari hadith-hadith dan ilmu feqah menurut masa yang dibenarkan. Mereka tidak seharusnya berpuas hati sekadar mengetahui prinsip-prinsip agama dan tuntutan-tuntutan iman yang pokok sahaja malah disamping menguasai semua itu mereka juga berkewajpan menekankan dan mengetahui hukum-hukum agama yang mempunyai pertalian terus dengan penghidupan peribadi, kekeluargaan dan masyarakat mereka kerana, akibat dari kejahilan kaum wanita akan menyebabkan perkara-perkara yang tidak syara'i boleh berlaku dan diterima di dalam rumahtangga kaum muslimin. Adat-adat jahiliah dan segala bentuk tradisi-tradisinya boleh mencelah masuk di tengah-tengah rumah mereka. Akhwat kita berkewajipan memikirkan jalan dan cara bagaimana boleh di atasi kekurangan-kekurangan ini dalam diri mereka sendiri sebelum menjangkau perkara-perkara lain.

No comments:
Post a Comment