Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Wednesday, August 27, 2008

HUTAN JAHILIAH

Seandainya kita ingin membina sebuah bangunan yang besar, tinggi dan lengkap, maka kita memerlukan kepada tapak yang sesuai. Sekiranya tempat tersebut mempunyai hutan yang tebal, maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu baharulah dibina asas yang kukuh di tempat yang telah dibersihkan itu. Atas asas dan tapak inilah bangunan tersebut akan dibina. Tanpa dibersihkan hutan itu terlebih dahulu bagaimana kita hendak membina bangunan tersebut. Rumah yang dibina ditempat yang lembut akan condong dan terus tumbang ke bumi.

Demikianlah sebenarnya Islam. Ia tidak akan dapat dibina tanpa asas, iaitu iman yang mendalam. Iman tidak dapat ujud tanpa membersihkan hutan-hutan Jahiliah (kepercayaan, pegangan, aqidah, pemikiran dan amalan yang bercanggah dengan Islam) yang tebal di dalam hati, pemikiran dan amalan manusia. Sama juga dengan persiapan untuk membina bangunan tadi. Oleh itu kita perlulah membersihkan dan mengikis jahiliah yang ada pada diri kita terlebih dahulu, baharulah iman dapat bertapak dengan kukuh sehingga mampu untuk menjadi asas kepada bangunan Islam yang tinggi lagi indah itu.

Demikianlah kaedah dan proses pembinaan Islam oleh Rasulullah s.a.w. Untiuk mengikis jahiliah dan membina iman adalah dua perkara yang amat sukar. Oleh itu ia memerlukan kepada method yang betul berdasarkan kepada sumber yang betul disamping melalui masa yang panjang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah membina iman dan aqidah yag teguh dalam jiwa para sahabat selama 13 tahun kerana tanpa iman yang mendalam Islam tidak dapat dibangunkan.

Abdullah Akhili

No comments: