Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Monday, November 2, 2009

Imam al-Sathibi Rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnya 'Al-Mumabikhat'

Menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam di dalam melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan yang satu lagi golongan Muslimin yang tertentu dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan yang lebih dan disertai dengan kefahaman.

Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua melaksanakan segala tanggunggjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang berharap-harap tidak akan menghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.

No comments: