Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Thursday, January 29, 2009

Apa pilihanmu

Allah Maha Adil. Lantaran Maha AdilNya Dia, Dia beri kita pilihan dalam memilih apa jua, mahu pilih hidayah atau kesatan, mahu pilih cahaya atau kegelapan, mahu pilih ikut naluri hati atau ikut pedoman addeen.

Dalam diri setiap insan ada satu titik fitrah/hidayah yang mampu dirangsang mengikut tarbiyah/didikan dan suasana sekeliling/'biah'. Maka sebab itu jika kita pilih bergaul dengan kutu2 rayau, maka kita terdorong untuk beraktiviti yang maksiat, bila kita pilih bergaul dengan orang yang beragama kita terdorong menghindari apa2 yang mungkar.

Anda berada di tempat yang salah bila titik hidayah itu kelabu diselaputi debu.

Anda mungkin berada bersama orang yang salah bila anda mula rasa selesa berada dalam suasana begitu akibat titik fitrah yang berdebu.

Anda mungkin tersalah waktu & ketika bila anda mula rasa seronok membiarkan titik fitrah/hidayah terus berdebu, tidak berusaha membersihkannya semula.

Maha AdilNya Allah, Dia memberikan masa dan peluang bertaubat selagi nyawa belum sampai di halkum; Dia membuka pintu beramal seluas-luasnya semasa kehidupan dunia tetapi bila di sana (Darul Akhirah) Dia hanya memberikan penghakiman & pembalasan tanpa sebarang pilihan kerana pintu pilihan telah pun tertutup sebaik nyawa kita berpisah dari jasad.

No comments: