Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Thursday, January 29, 2009

Mencari bahagia

Semasa kita di alam Roh, kita telah membuat pengakuan bahawa Tuhan/Ilahkita hanyalah Allah. Jadi secara fitrahnya semua manusia mahukan/sukakan kebaikan. Tapi bila dilahirkan di dunia, Allah jadikan dunia ini medan ujian, maka dibentangkanNya kebaikan dan kejahatan. Maha AdilNya Allah, Dia tidak membiarkan manusia begitu sahaja tanpa sebarang pedoman & pimpinan maka Allah mengutuskan Rasul2 bagi menggilap titik fitrah/hidayah dalam
diri insan. Namun Allah telah beritahu para Rasul dan kita hanya mampu menyeru tetapi tidak mampu memberi Hidayah kepada mana-mana insan.

Kebahagiaan itu dirasai bila apa2 yang kita buat berpaksikan/bermatlamatkan
mendapatkan keredhaanNya. Bila kita inginkan keredhaanNya maka kita akan lebih berhati-hati agar apa2 tindakan adalah mematuhi syara'/ . Kebahagiaan itu dirasai oleh hati yang tenang/'sakinah'. Maka kebahagiaan itu lebih dirasai oleh hati-hati yang suka berbuat kebajikan.Insan yang memilih jalan kemungkaran akan bertambah gelisah kerana mereka memilih untuk tidak menggilap titik fitrah/hidayah yang dikurniakan.


Sedutan Penulisanku di Forum 3E (drtuah.com)

Kadang2 isteri memandang suami dari kacamata yg terlalu sempurna.
Jadi bila berlaku kecurangan atau penipuan maka isteri rasa kecewa.
Terus2an melayani rasa kepedihan dan kelukaan dari kekecewaan
tadi menyebabkan isteri sukar melupakan sesuatu peristiwa.

Sebaik mana pun insan dalam berbuat ketaatan pasti dia ada
melakukan kemaksiatan. Seburuk mana pun insan dalam berbuat
kemaksiatan pasti dia ada berbuat ketaatan.

Jadi janganlah kerana suami telah terbuat sesuatu kesalahan
sehingga kita terlupakan sedikit sebanyak kebaikan yang dia
telah dan masih lakukan.

Pilihlah sama ada ingin terus hidup melayani kelukaan silam
sehingga menebalnya kebencian atau mentuluskan sebuah
kemaafan agar temui kembali sebuah kejernihan dalam
mengharungi kehidupan rumahtangga yang ibarat lautan
yang tak sunyi dari badai ujian.

Sedutan Penulisanku di Forum 3E (drtuah.com)

Sesuatu itu nampak begitu indah selagi belum berada di telapak tangan.
Indahnya pelangi kerana tak mampu dicapai oleh tangan.
Selalunya yang dapat dilihat oleh mata tanpa dapat dicapai oleh tangan,
maka kita terpukau bahawa ia sesungguhnya indah.

Lakarkan yang terindah - (sedutan penulisanku di 3E)

Kesucian sejati adalah pada nilai keperibadian anda pada hari ini.

Memang kita hidup bermula semalam, tetapi semalam telah berlalu
dan hanya tinggal kenangan. Yang pahit2 itu biarlah dalam lipatan
sejarah. Semanisnya mana pun sejarah, sepahit mana pun sejarah,
hari ini & esok perlu dilakarkan sebaik mungkin agar ia bakal menjadi
kenangan terindah dalam hidup kita.

18/07/08

No comments: