Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Tuesday, July 29, 2008

1. Wajib bagi seorang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah untuk benar-benar mengikhlaskan niatnya kerana Allah semata-mata, dan mengharapkan balasan baik di akhirat nanti.

2. Berusaha semaksima mungkin untuk menghindar dari tujuan-tujuan yang bersifat duniawi atau riya dan sum’ah serta kebanggaan dalam melaksanakannya, kerana semua itu merupakan yang jijik dan penyebab gugurnya pahala amal ibadah.

3. Segera bertaubat kepada Allah dengan Taubat yang sebenarnya dari seluruh perbuatan dosa.

4. Mengembalikan hak-hak orang lain yang pernah diambil atau dirosak, dalam bentuk harta, kehormatan atau yang lainnya.

5. Menggunakan harta yang halal dan baik dalam melaksanakan Haji dan Umrah.

6. Hendaklah ia belajar dengan benar tentang hal-hal yang disyariatkan dalam Haji dan Umrah, memahaminya dan bertanya jika ada permasalahan yang sukar baginya.

7. Mencari teman perjalanan yang baik, taat dan taqwa, serta faham dalam agama dan menjauhi orang-orang yang jahil dan fasik.

8. Dalam perjalanan hendaklah memperbanyakkan zikir, istighfar dan doa, serta merendahkan diri di hadapan Allah SWT, membaca AlQuran, memelihara solat berjamaah, memelihara lisan dari ucapan-ucapan yang tidak bermanfaat, seperti bergurau sendt, berdusta, ghibah, mengadu domba dan sebagainya.

9. Sentiasa berbuat baik terhadap teman-temannya, menahan diri dari menyakiti mereka, amar makruf dan nahyi munkar dengan cara hikmah dan peringatan yang baik semampunya.

Dari kitab at-tahqiiq wal Idhah li Katsiiri min Masaa-ilil Hajj wal Umrah waz Ziyaarah ‘ala Dhau-il-Kitab was Sunnah

No comments: