Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah

Thursday, September 4, 2008

Pesanan Untuk Akhawat (3) - alMaududi

Tugas ke 3 kewajipan wanita Islam yang sehubungan dengan Dakwah dan Islah ialah dengan menekankan dan mengutamakan usaha-usaha memperbaiki anggota keluarga, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan kekerabatan daripada memperbaiki orang lain. Allah mengurniakan zuriat kepada akhwat, kurniaan ini adalah laksana penyerahan kertas-kertas peperiksaan dari Allah. Kalau mereka tidak dapat memperolehi markah secukupnya untuk kertas itu maka sudah pastilah mereka tidak akan dapat memperolehi kejayaan dalam kertas-kertas peperiksaan yang lain. Anak lelaki dan anak perempuan merekalah yang sepatutnya terlebih dahulu mendapat keutamaan dan perhatian. Anak-anak inilah yang sangat-sangat dituntut supaya ibu-ibu membina mereka dengan pendidikan dan akhlaq agama.

Di antara tugas akhwat-akhwat yang sudah berkahwin ialah supaya berusaha mengarahkan suami mereka ke jalan yang benar. Kalau suami telah memilih jalan ini, maka akhwat mestilah membantu mereka. Tugas anak gadis muslim pula setelah memelihara batas-batas akhlaqnya ialah menyampaikan perkataan-perkataan yang benar ini kepada kedua ibubapanya. Dia seharusnya berusaha memberikan kepada kedua mereka bahan-bahan bacaan yang baik berhubungan dengan dakwah. Tugas akhir wanita muslim ialah mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada wanita-wanita di sekelilingnya pada waktu-waktu tertentu selepas menunaikan kewajipan-kewajipan di dalam rumahtangga dengan baik. Ia berkewajipan mengajarkan kepada anak-anak muslim akan prinsip-prinsip asas Islam dan pengajaran-pengajaran pokoknya. Mengajarkan agama kepada wanita-wanita yang jahil tentang agamanya. Menyebarkan bahan-bahan bacaan Islam kepada wanita-wanita yang terpelajar. Mengadakan pertemuan-pertemuan dan menyampaikan ceramah-ceramah agama kepada wanita-wanita lain. Membacakan kitab-kitab yang baik jika tidak mampu berpidato. Ringkasnya, wanita muslim berkewajipan melaksanakan semua jalan yang bersih untuk membenteras kejahilan dan memerangi amalan jahiliyah di kalangan kaumnya.

No comments: