Menjelasan:
Bahawa kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir tubuhbadannya, tetai kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan ruhnya dan kekuatan Imannya yang - Insya Allah - mampu menghadapi dan mengatasi berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.
Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan dan kelazatan diri sendiri, bahkan orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan Taqwa itu sedia mewakafkan hidupnya untuk Khidmat Islam, mengajak masyarakat kembali kepada DeenulLah dengan penuh keImanan dan kesabaran.
Kekasih menjanjikan keindahan cinta & sayang namun kekadang dia alpa. Tetapi ALLAH menjanjikan keindahan dalam kehidupan dan DIA tak pernah MUNGKIR. ALLAHU GHAYATUNA, AR-RASULU QUDWATUNA, AL-QUR'ANU DUSTURUNA, AL-JIHADU SABILUNA, AL-MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA
Lets our Reading Be An Ibadah
Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah
Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Monday, November 2, 2009
Imam al-Sathibi Rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnya 'Al-Mumabikhat'
Menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam di dalam melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan yang satu lagi golongan Muslimin yang tertentu dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan yang lebih dan disertai dengan kefahaman.
Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua melaksanakan segala tanggunggjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang berharap-harap tidak akan menghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.

Wednesday, February 4, 2009
PESANAN LUQMANUL HAKIM
1. Hai anakku: ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah S.W.T.
2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T.
3. Hai anakku: orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah, makanya dia tawadhu kepada Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Nya.
4. Hai anakku: seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman-tanaman.
5. Jauhkanlah dirmu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
6. Dan selalu berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmatNya.
7. Hai anakku:Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku:Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada itu semua, adalah bila mana angkau mempunyai tetangga yang jahat.
9. Hai anakku:Janganlah sesekali-kali engakau mengirmkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdas dan pintar sebaiknya dirimu sahaja yang menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku:Bila engkau menghadapi dua alternetif atau dua kemungkinan, takziah orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih untuk menjenguk orang mati. Sebab menjenguk orang mati akan mengingatkan kepada kampung akhirat, sedangkan menghadari pesta pernikahan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi saja.

Monday, August 11, 2008
Isteri Yang Solehah
Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji
dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan
beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar
sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya
melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi
aktivitinya. Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat
(generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan
hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun
Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba
Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami
sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)
Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya
senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan
jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah
hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali
(teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.
Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman
moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa
yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong
suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah
ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber
ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.
Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan
teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah,
yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan
berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan
dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala
suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh
penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu
menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan
keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus
anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti
dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami
mereka.
Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara
yang gelap gulita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan
dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha
menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak
pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.
[Tariqud-Da'wah - Utz. Mustafa Masyhur] - http://www.unhas.ac.id/~rhiza/tarbiyah1/
Subscribe to:
Posts (Atom)