Lets our Reading Be An Ibadah

Reading is not for pleasure
But for knowledge
Knowledge is not for decoration
But for Practice
Practice is not for people
But for ALLAH
So lets our Reading Be An Ibadah
Showing posts with label Aku Terima Nikahnya. Show all posts
Showing posts with label Aku Terima Nikahnya. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Catatan Perjalanan JDK 2011/12


Hari ini selepas sarapan pagi di warung betul-betul dekat conner Jalan Sg. Tiram - Pasir Gudang, kami seramai 6 orang berkunjung ke Perkampungan Jalan Hj. Noh, Sg. Tiram. Dalam sejam meninjau perkhemahan peserta JDK 2011 Zon Selatan dalam modul Kecergasan & Rekreasi.

Terharu mendengar kisah seorang Jurulatihnya yang masih muda (22 tahun) yang bercita-cita untuk membina mahligai impian sejak 2009, akhirnya tercapai dalam 2010 apabila calon ke 9 sanggup menerimanya sebagai suami (hanya lulusan SPM) walaupun isteri bakal berkelulusan doktor perubatan. Beliau mendirikan rumahtangga merintis jalan-jalan yang soleh tanpa 'dating' & percintaan, tanpa wang mas kahwin semasa kaki melangkah ke majlis pernikahan. Namun indahnya susunanNya, seorang sahabat menghadiahkannya RM500 hanya beberapa detik sebelum majlis ijab & qabul maka akhirnya beliau keluarkan wang sendiri RM1 untuk mencukupkan mas kahwin RM501.

Masya Allah & Alhamdulillah buat Sahabat yang ana temui dalam JDK 2011 di ILIM, Sg. Merab tapi tak berkesempatan untuk bertaaruf kerana kepadatan tugasannya ketika itu. Namun Allah susun kami dapat bertaaruf pada pagi yang indah hari ini.

Monday, October 25, 2010

Allah yang mencipta manusia memahaminya maka dihalalkanNya poligami.

"Saya tidak menentang poligami tetapi yang saya tentang adalah ketidakadilan dalam poligami'

Itulah kata-kata klise yang biasa kita dengar. Yang tidak bersetuju pada poligami pun membentangkan hujah hadis/alQuran tentang 'adil' & beri contoh2 yang dia lihat/dengar, yang kebanyakannya diketahui dari orang lain iaitu bukan dialami sendiri, orang putih kata 'hearsay'.

Cuma pada saya perbahasan sedemikian membantukah untuk membetulkan keadaan/realiti yang sedang dihadapi? Manusia dijadikan bernafsu serta punya keperluan masing2. Allah yang mencipta manusia memahaminya maka dihalalkanNya poligami.

Allahyarham Haji Said Haji Ibrahim ( Bekas Mufti Negeri Sabah ) bila ditanya menyelesaikan dua pendapat poligami hendak digalakkan atau disekat menjawab berikut:

Untuk mengatasi dan menyelesaikan dua pendapat yang bertentangan ini; Islam telah membuat satu peraturan, iaitu bila terdapat dua pendapat yang bertentangan hendaklah dirujuk kepada nas Quran dan hadith Nabi s.a.w. Ini adalah berdasarkan firman Allah Taala.

Maka jika kamu berbantah (bertentang pendapat) pada sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikan keputusannya kepada Allah (Quran) dan Rasul (hadith) jika benar-benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. ( Surah An-Nisa: 59 )

Dalam nas Quran dan hadith tidak didapati satu ayat, atau sepotong hadith pun menggalakkan umat Islam supaya berpoligami dan tidak juga nas untuk menyekatnya, tetapi apa yang didapati nasnya; harus berpoligami dengan syarat adil sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firmannya dalam ayat 3 surah An-Nisa.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa poligami itu adalah harus bagi mereka yang boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya. Ayat ini tidaklah bermakna menggalakkan berpoligami dan tidak pula menyekat.

Hal ini adalah terserah kepada seseorang yang hendak berpoligami itu setelah ia menimbangkan dengan sepenuh teliti, buruk atau baiknya, sanggup berlaku adil atau tidak.

Bagi orang-orang beriman, jangan membuat sesuatu pendapat yang bertentangan dengan hukum Allah dan sunnah Rasul, mereka yang bersikap demikian adalah sebagai orang yang membantah hukum Allah dan RasulNya, dan ini merosakkan keimanan.


( Rujuk buku 400 Soaljawab Nikah Kahwin, penerbit Media Hasda, cetakan pertama 1984, cetakan kesepuluh 1996.)

Rasa2nya tiada suami yang tiba-tiba bangun pagi tergerak hati nak berpoligami. Memanglah lelaki yang berpoligami itu lelaki yang bernafsu sebab dia belum 'mati pucuk' sebab itu dia dapat menikah yang pertama. Islam agama fitrah yang tidak mengekang nafsu, tetapi nafsu disalurkan ke arah yang halal dan diberikan tanggungjawab. Tanggapan kita lelaki berpoligami bermotifkan nafsu semata2. Jika motif nafsu sahaja kenapa dia pilih berpoligami, tidak berskandal sahaja, 'buat apa susah2 beli/pelihara lembu jika beli susu kan lagi murah'. Ini bermakna dia bukan fikirkan yang murah tapi kehalalannya.

Poligami ini unsur seronoknya sedikit sahaja, tapi tanggungjawabnya yang banyak. Yang duduk di luar poligami 'cemburu'kan yang berpoligami ini dapat menikmati seronok yang sedikit itu, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul tidak di'cemburu'kan. Maka kita pun templak mereka, 'nak berpoligami ikut Sunnah, yang lain2 tak mahu ikut Sunnah'. Kita yang monogami ini lebih hebatkah amal-amalkan Sunnah dari yang berpoligami?

Kita pun celahkan ke lain, 'yang berpoligami ini rata2nya gagal berlaku ADIL'. Bila kita bahaskan keadilan itu berapa keratkah yang mampu memperincikan senarai keadilan yang dimaksudkan, senaraikan keadilan dari sudut material, sudut akhlak & sudut agihan kasihsayang. Maka kita pun berdalih, 'kami tidak berpoligami, maka tugas kamulah mencari ilmu berpoligami'.

Rujuk ayat 3 & 129 Surah An-Nisa :

Ayat ini isinya meniadakan kesanggupan berlaku adil kepada sesama isteri, sedangkan ayat di atas mewajibkan berlaku adil. Kedua ayat ini tidak bertentangan kerana adil yang dituntut di sini iaitu adil dalam masalah-masalah lahiriah yang dapat dikerjakan oleh manusia bukan adil dalam hal cinta dan kasih sayang. Sebab masalah ini di luar kemampuan seseorang. Berlaku adil yang ditiadakan oleh ayat di atas iaitu adil dalam cinta & bersetubuh.

Abu Bakar bin Arabiy berkata: Memang benar bahawa adil dalam cinta di luar kesanggupan seseorang. Sebab hanya ada dalam genggaman Tuhan yang mebolak-balikkannya menurut kehendakNya. Begitu juga dengan setubuh terkadang ia ghairah dengan isteri satunya, tapi tidak begitu ghairah dengan isteri lainnya, asalkan saja perbuatan ini bukan disengaja, maka ia tidak berdosa. Sebab hal ini ada di luar kemampuannya. Kerana itu tidaklah ia dipaksa untuk mengerjakannya.

'Aisyah berkata " Rasulullah selalu membagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan beliau pernah berdoa: Ya Allah! Ini bahagianku yang dapat kukerjakan. Kerana itu janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya."

Kata Abu Daud: Yang dimaksudkan dengan "Engkau kuasai tetapi aku tidak menguasai iaitu 'hati'"

(H.R Abu Daud, Tarmidzi, Nasai'iy dan Ibnu Majah)

Kata Al Khatthabi: Hadits ini menunjukkan sebagai penguat adanya wajib melakukan pembahagian kepada isteri-isterinya yang medeka dan dimakruhkan bersikap berat sebelah iaitu berat sebelah dalam menggaulinya yang bererti mengurangi haknya, tetapi bukan terlarang untuk lebih mencintai yang satu dari yang lainnya, kerana soal cinta ini ada di luar kesanggupannya.

( Rujuk Fikih Sunnah Jilid 6 (mukasurat 142 & 143) oleh Sayyid Sabiq terbitan Pustaka Al-Azhar )

Allahyarham Haji Said Haji Ibrahim ( Bekas Mufti Negeri Sabah ) bila ditanya 'Berapa lama sekurang-kurang masa giliran seorang isteri?:

Sekurang-kurangnya masa yang wajib giliran seorang isteri ialah satu malam, dan tidak ada sekatan lamanya bila ada keizinan dan persetujuan isteri-isteri tadi.

Tegasnya, suaminya itu boleh membuat giliran tiap-tiap seorang isterinya lebih dari satu malam dengan izin dan persetujuan isteri-isterinyanya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah tatkala berkahwin dengannya; baginda bermalam bersamanya selama 3 malam dan baginda bersabda:

Bahawasanya tidak ada bagi engkau kehinaan jika engkau berkehendakkan aku bermalam bersama engkau 7 malam, dan jika aku bermalam 7 malam bersama-sama engkau; aku akan bermalam pula selama 7 malam bersama-sama isteriku yang lain. ( Riwayat Muslim )

( Rujuk mukasurat 148 & 149 buku 400 Soaljawab Nikah Kahwin, penerbit Media Hasda, cetakan pertama 1984, cetakan kesepuluh 1996.)


Diibaratkan permainan bola, tak semua suka main bola, tapi suka menonton. Yang menonton ini memang biasanya bijak mengkritik, 'apalah mudah macam tu pun, tak boleh nak score!'. Cuba beri peluang dia sendiri turun padang, nak lihat skill dia mengawal & menggelecek bola serta berapa banyak dia mampu score. Tapi mungkin dia berdalih, 'aku dah ada kerja tetap, berilah peluang pemain profesional cari makan'. Yang hiruk pikuk di luar padang ini adalah yang menonton. Penonton tak merasai penatnya yang bermain, perah otak mencari strategi untuk menang.

Bukankah lebih baik yang rasa dia mampu jadi bermain dengan lebih baik turun padang, buktikan 'skill' agar dapat dicontohi atau berikan strategi terperinci bagaimana nak jadi pemain yang baik. Kita 'codemn'kan corak permainan yang teruk atau nasihatkan janganlah main bola itu memberi kesan yang positifkah sebab yang dah minat bola akan pilih main bola atau dia memang ada keperluan untuk bermain bola.

Di atas itu saya analogikan kepada poligami. Kita hiruk pikuk mengatakan rata2 yang berpoligami ini gagal berlaku adil, bukankah lebih baik kita berikan ilmu-ilmu agar mereka mampu adil. Tak semua lelaki suka poligami, itu hak masing-masing tapi memperlekeh yang berpoligami tak membantu membangunkan ummah. Keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya, berapa banyak ketidakadilan berlaku dalam rumahtangga monogami, isteri & anak tidak ditarbiyah secara Islam, anak remaja berpoya-poya. Sepatutnya kita fokuskan pada pembinaan baitul-muslim yang mawadah waramah tidak kiralah ianya monogami atau poligami.

Wednesday, September 1, 2010

Mencari Cinta atau Jodoh?

Jika anda mencari cinta, maka anda akan kerap kecewa. Jika anda mencari jodoh maka anda berusaha dan bersungguh. Anda terkeliru menjalin cinta itu pintu kepada menemukan jodoh. Jodoh itu berpintukan pernikahan.

Anda terkeliru mahukan hadirnya seorang lelaki atau seorang yang bernama suami. Jika anda berharapkan suami maka anda persiapkan diri anda agar mampu menjadi seorang isteri.

Dari detik anda diijabqabulkan itulah sebenarnya detik anda mengenal cinta dan belajar menganyamnya sebaik mungkin.Rumahtangga itu dibina bersama dengan cinta dikecapi sebagai pengubat apa jua kepahitan dan ujian.

Selagi anda memilih jalinan cinta dengan yang bernama lelaki selagi itu terkeliru sehingga anda celik mata apakah dia layak bergelar seorang suami. Cinta sebelum nikah hanya mengawangkan anda dalam khayalan. Bila anda berpijak di bumi nan nyata betapa anda sedar sia-sia masanya yang berlalu dalam mencari cinta lelaki, walhal cinta suami pasti hadir bila dia sanggup menerima sebuah ijab & qabul.

Thursday, November 26, 2009

Mencari Bahagia dari Pernikahan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada ALLAH melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan ALLAH


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru
semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak..


15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabara

Tuesday, July 21, 2009

Hakikat Cinta Hakiki

Cinta yang paling tinggi adalah cinta kerana Allah. Cirinya adalah orang yang tidak memaksakan kehendaknya menurut hawa nafsu. Cinta yang sejati adalah cinta setelah berakad nikah. Tanpa akad nikah, cinta itu palsu dan anda tertipu.

Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu tiada tempat untuk cinta Allah.

"Ya Allah, Kurnialah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Oleh itu, "If you fall in love", kenalpasti dulu apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam solat dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

"Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"


Dipetik dari Buletin HALUAN Johor Jun 2009